Pada 8 dan 16hb yang lalu, telah diadakan kelas e-pembelajaran dalam bentuk kuiz online bagi menambah minat dan kefahaman pelajar-pelajar dalam bentuk yang lebih interaktif. Website quizizz ini boleh dimainkan secara serentak antara pelajar-pelajar yang mana dikawal oleh guru atau orang lain. Permain pendidikan ini boleh dimainkan dalam apa juga subjek yang memberikan pilihan jawapan. Selain itu, website ini membolehkan guru itu sendiri mereka soalan sendiri kepada peserta dan sangat mudah disiapkan. Selain itu juga ia boelh dikendalaikan dari pelbagai gajet seperti telefon, tab dan komputer.
Bertanding sesama kawan-kawan memang akan membderi keseronokkan dan keterujaan pada setiap peserta. Mereka juga boleh melihat kemampuan mereka menjawab soalan dan melihat kembali jawapan soalan dan senarai jawapan yang betul setelah selesai menjawab.
Mudah dan Cepat. Itu yang boleh diungkapkan munggunakan Perisian Canva ini. Canva merupakan satu perisian grafik yang menyediakan pelbagai contoh template dan layout serta gambar yang cantik. Hanya dengan mendaftar sebagai ahli Canva, peserta booleh terus menggunakan perisian ini tanpa sebarang bayaran. Dibawah adalah contoh template yang diasediakan.
Kelas yang diadakan pada 9hb July ini menumpukan kepada tema elemen sejarah seperti gambar, logo, simbol dan sebagainya.Dibawah adalah antara hasil karya yang oleh pelajar-pelajar.
Kepentingan ICT kepada para pelajar dilihat menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan pada masa sekarang dari segi penyebaran dan pencarian maklumat , tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru . Pelajar juga kini mampu belajar dalam suasana yang mudah dan menyeronokkan. Melihatkan kepada perkembangan yang pesat ini ,Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting juga mengambil inisiatif untuk menarik minat pelajar terutama kepada pelajar sekolah rendah untuk mendekatkan mereka dengan ICT dengan mengadakan kelas interaktif pembelajaran berbentuk permainan dari laman web www.mathplayground.com.
Kelas yang diadakan pada 8 Mei yang lalu itu menghimpunkan seramai 10 orang pelajar dari peringkat sekolah rendah. Peljar didedahkan dengan subjek matematik dalam bentuk permainan yang menyeronokkan. Laman web ini meyediakan bermacam-macam permainan yang boleh dicuba secara percuma dari peringkat umur yang berbeza yang secara tidak lansung dapat menarik minat untuuk belajar dengan cara yang santai.
Pada 10hb Jun yang lalu, Pusat Internet mengadakan kelas berbentuk e-learning kepada pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah. Pengajaran interaktif ini melibatkan seramai 7 pelajar. Tujuanya adalah untuk mendidik para pelajar untuk mendalami dan belajar dengan lebih mudah menggunakan laman web yang tersedia. Mathplayground merupakan laman web yang menyediakan pembalajaran interaktik dalam bentuk permainan . Laman ini mempunyai 100 permainan subjek matematik, teka-teki, serta video langkah demi langkah.Apa yang menariknya . laman ini mudah digunakan dan gambar yang terang dan ceria menarik minat pelajar untuk mencubanya.
Pada 6hb Mei yang lalu, telah berlansung bengkel Hots Pro anjuran Pusat Tarbiah Hafaz Al-Quran Ibnu Sina yang diselia oleh kaunselor iaitu Pn. Fatimah Haslina dari Ipoh, Perak.Pusat Tarbiah Hafaz Al-Quran Ibnu Sina merupakan sebuat institut yang diasaskan oleh Al-Marhum Ustaz Hj. Yahya bin Abdullah . Sehingga kini Pusat Tarbiah ini mengendalikan 5 institut yang merangkumi pelajar dari umur 1 tahun sehingga peserta dari warga tua.Program yang diadakan di Pusat Internet Kamunting itu disertai sendiri oleh tenaga pengajar iaitu guru-guru dari Pusat Tarbiah Hafaz Al-Quran Ibnu Sina yang mana program ini bertujuan untuk melatih para guru untuk menerapkan elemen kepandaian, keseronakkan , kepuasan dan kepantasan befikir kepada pelajar-pelajar .
Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu dimulakan dengan pengenalan berkenaan Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting,waktu operasi, promosi dan program-program yang ada oleh Pn. Suryana binti Ahmad selaku penolong pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting. Program diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Ust.Hj. Mohd. Afif b. Hj. Yahya selaku Pengerusi Pusat Tarbiyah. Dalam ucapannya beliau berharap guru-guru dapat menimba ilmu dengan sebaiknya dan memanfaatkan ilmu kepada anak- anak murik mereka.
Selain dari pembentangan oleh Pn. Fatimah, guru juga diajak untuk terlibat sama dalam aktiviti yang disedaiakan oleh Penceramah seperti kuiz, kemahiran befikir, menjawab soalan serta membuat sendiri bahan pendidikan dengan bimbingan Pn. Fatimah. Bengkel yang berakhir pada pukul 5.30 itu diakhiri dengan penyampai sijil dan cenderahati .