Bagi meningkatkan kemahiran belia dalam bidang ICT, Pusat Internet 1 Malaysia 1 Kamunting telah mengadakan kelas design menggunakan perisian Canva.com kerana perisian ini mudah digunakan dan dapat menarik minat para belia terutama bagi pelajar-pelajar. Kelas yang diadakan pada 28 April yang lalu melatih pelajar dari permulaan hingga mereka boleh mengaplikasikan rekaan mereka menggunakan perisian Canva ini.Dari segi pemerhatian, dapat dilihat perisian ini mudah difahami dan senang digunakan kerana menyediakan pelbagai template dan layout yang menarik dan sangat mudah difahami.

canva

 

 

 

Seramai 5 ahli Pi1M yang merupakan pelajar sekolah rendah menghadiri kelas Multimedia yang  dikendalikan oleh Penolong Pengurus yang diadakan pada 22 April . Mereka didedahkan dengan perkara asas dalam melayari dan mencari maklumat menggunakan  perisian google chrome. Peserta juga diajar bagaimana mencari ,menyalin dan menampal dan menyimpan maklumat. Selain itu ,mereka belajar menggunakan beberapa aplikasi google lain seperti terjemahan dan aplikasi gambar . 

 

 

 

 

Pada 11 Novermber 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting telah mengadakan program  (KDB) Klik Dengan Bijak  di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu disertai oleh pelajar-pelajar dari Tingkatan 3 ini banyak menerapkan aspek-aspek keselamatan serta adab -adab yang perlu ada dalam melayari alam siber.

Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kata laluan,berfikir sebelum menghantar sesuatu status , gambar atau video di media sosial, masalah buli siber,berwaspada ketika memilih kawan di alam maya dan sebagainya. Dalam program tersebut juga diselitkan tayangan video  klik dengan bijak bagi menambahkan pemahaman para peserta. Cenderahati juga disediakan bagi memeriahkan lagi program tersebut yang berakhir pada pukul 10 pagi.

 

 

Pada 18 March yang lalu telah diadakan kelas asas komputer bagi pelajar -pelajar sekolah rendah dan menengah yang juga merupakan ahli Pusat Internet yang berdaftar. Kelas yang diadakan pada sebelah petang itu melibatkan seramai 9 orang peserta .Dalam kelas tersebut, peserta diterangkan mengenai pengetahuan asas berkenaan perkakasan komputer serta perisian komputer seperti perisian microsft word,excel,cara menyimpan fail . Soal jawab dan kuiz  juga diberikan bagi menambah kefahaman peserta selain saguhati bagi memeriahkan kelas tersebut yang berakhir pada pukul 5.40 petang 

 

Pada 31 Oktober yang lalu, telah diadakan kelas Powerpoint bagi pelajar -pealajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini banyak menumpukan kepada asas penggunaan powerpint memandangkan peserta belum mahir menggunakan software tersebut. Peserta diajar langkah demi langkah dan harus membuat sendiri pembentangan powerpoint mengikut kreativiti mereka. Bagi merancakkan  lagi kelas tersebut, hadiah disediakan bagi perserta-peserta yang hadir.Kelas yang bermula pada pukul 3.00 berakhir pada pukul 5.00 petang