Pada 18 March yang lalu telah diadakan kelas asas komputer bagi pelajar -pelajar sekolah rendah dan menengah yang juga merupakan ahli Pusat Internet yang berdaftar. Kelas yang diadakan pada sebelah petang itu melibatkan seramai 9 orang peserta .Dalam kelas tersebut, peserta diterangkan mengenai pengetahuan asas berkenaan perkakasan komputer serta perisian komputer seperti perisian microsft word,excel,cara menyimpan fail . Soal jawab dan kuiz  juga diberikan bagi menambah kefahaman peserta selain saguhati bagi memeriahkan kelas tersebut yang berakhir pada pukul 5.40 petang