Tarikh : 3 Disember 2017
Masa : 2-5
Tempat : Pusat internet 1 Malaysia
Tujuan
menambah penyertaan dari ahli-ahli Pusat Internet
Aktiviti
peserta diberi taklimat serta dimbimbing cara untuk menyertai pertandingan tersebut
Tarikh : 21 November 2017
Masa : 3.30 pm - 5.30 pm
Tempat : Pusat internet 1 Malaysia Kg. Kamunting
Tujuan
Mengasah dan menguji minda pelajar-pelajar. Pelajar perlu meggunakan kemahiran berfikir serta tumpuan untuk menyelesaikan permainan soduku.
Aktiviti
Pelajar diberi latihan yang mudah dahulu sebelum mereka menjawab latihan Soduku yang lebih susah. Aktiviti ini disertai oleh 6 pelajar
Tarikh | :12 November 2017 |
Masa | : 3.30 pagi - 5.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri pelajar-pelajar dari SMK dan SK Kamunting seramai 10 perserta kesemuanya. Tujuan kelas ini diadakan memahirkan dan memperkenalkan pelajar-pelajar dalam menggunakan aplikasi yang pelbagai sepertI Microsoft Publisher ini selain mahir dalam Word dan Excel.
Aktiviti
Pelajar diberi sedikit taklimat pengenalan berkaitan Dashboard dan mereka diminta menghasilkan poster menggunakan template sedia ada dan mengolah mengikut kreativiti mereka. Mereka juga harus menyiapkan poster dlama masa yang ditetapkan bagi melatih mereka menyiapkan tugasan dengan cepat.
Tarikh : 18 Nov 2017
Masa : 8.00 ptg- 2.00 ptg
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting
Tujuan
Pada 18 November yang lalu, PI1M Kamunting telah mengadakan program Dashboard Komuniti untuk kali yang ke 3 dalam tahun 2017 ini. Tujuan program ini adalah untuk mendekatkan serta memperkenalkan komuniti dengan aplikasi Dashboard yang dibangunkan oleh MSD ini yang mana didalamnya terkandung modul seperti I-Health, My Komuniti ,My Shop dan sebagainya. Selain daripada itu, PI1M Kamunting juga menyediakan pertandingan memasak Keatiaw Georeng, pertandingan melipat kain dan pertandingan Mewarna satu keluarga, satu lukisan bagi menarik pengunjung ke program ini.
Aktiviti
Program yang bermula pada pukul 8.00 itu dimulakan dengan pendaftaran pengunjung dan kemudian taklimat dashboard dan program yang disampaikan oleh Pengurus Pusat Internet. Pada program tersebut , pemeriksaaan kesihatan , I-Health, muat turun aplikasi dashboard , mendapat penglibatan yang menggalakkan. program e-waste juga diperkenalkan pada program tersebut. Cenderahati ,hadiah pertandingan serta cabutan bertuah juga turut diadakan bagi merancakkan program pada hari tersebut.
Tarikh : 22 Okt 2017
Masa : 2.00 ptg- 4.00 ptg
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting
Tujuan
Memberi Pendedahan kepada pelajar tentang teknik mengedit dan mereka poster dengan lebih cantik dan kemas
Aktiviti
Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah diberikan taklimat ringkas dahulu sebelum kelas bermula dan peserta diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menyiapkan poster yang mereka kehendaki mengikut kreativiti dan teknik yang telah diajar. Peserta diberi tema bebas dan dipantau oleh tenaga pengajar yang bertugas. Kemahiran menggunakan maklumat dari internet juga diterapkan pada kelas tersebut dalam mencari gambar,grafik yang sesuai untuk diletak dalam poster tersebut.