Pada  6hb Mei yang lalu, telah berlansung bengkel Hots Pro anjuran Pusat Tarbiah Hafaz Al-Quran Ibnu Sina yang diselia oleh kaunselor iaitu Pn. Fatimah Haslina dari Ipoh, Perak.Pusat Tarbiah Hafaz Al-Quran Ibnu Sina merupakan sebuat institut yang diasaskan oleh Al-Marhum Ustaz Hj. Yahya bin Abdullah . Sehingga kini Pusat Tarbiah ini  mengendalikan 5 institut yang merangkumi pelajar dari umur 1 tahun sehingga peserta dari warga tua.Program yang diadakan di Pusat Internet Kamunting itu disertai sendiri oleh tenaga pengajar iaitu guru-guru dari Pusat Tarbiah Hafaz Al-Quran  Ibnu Sina yang mana program ini bertujuan untuk melatih para guru untuk menerapkan elemen kepandaian, keseronakkan , kepuasan dan kepantasan befikir kepada pelajar-pelajar .

Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu dimulakan dengan pengenalan berkenaan Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting,waktu operasi, promosi dan program-program yang ada oleh Pn. Suryana binti Ahmad selaku penolong pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting. Program diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Ust.Hj. Mohd. Afif b. Hj. Yahya selaku Pengerusi Pusat Tarbiyah. Dalam ucapannya beliau berharap guru-guru dapat menimba ilmu dengan sebaiknya dan memanfaatkan ilmu kepada anak- anak murik mereka.

Selain dari pembentangan oleh Pn. Fatimah, guru juga diajak untuk terlibat sama dalam aktiviti yang disedaiakan oleh Penceramah seperti kuiz, kemahiran befikir, menjawab soalan serta membuat sendiri bahan pendidikan dengan bimbingan Pn. Fatimah. Bengkel yang berakhir pada pukul 5.30 itu diakhiri dengan penyampai sijil dan cenderahati .