Industri bijih timah merupakan satu industri yang tertua di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bijih timah telah menarik minat pedagang-pedagang asing dari Mediterranean, Arab, India dan China. Timah yang dilombong daripada kawasan pedalaman telah dilebur dan dijadikan timah jongkong lalu dibawa ke hilir sungai untuk diperniagakan.

Catatan J.F.A. McNair pula menunjukkan, bijih timah mula dilombong di Perak pada tahun 1616 di Manjung dan Beruas.

Sehingga tahun 1820-an, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong ini dikuasai oleh raja dan pembesar. Mereka menggunakan cara melampan dan mendulang untuk melombong. Hasilnya adalah terhad. Selain itu, sikap orang Melayu yang menganggap perlombongan itu hanya merupakan pekerjaan sambilan menyebabkan perkembangannya tidak pesat.

Atas inisiatif pembesar, mereka telah menggalakkan kemasukan orang Cina sebagai buruh. Keadaan ini jelas dilihat mulai tahun 1820-an, apabila orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Selain itu, akibat perubahan radikal di Eropah dari segi penggunaan bijih timah, permintaan terhadapnya telah meningkat. Pengambilan buruh Cina juga dipergiatkan lagi.

Pada tahun 1840-an, perusahaan ini mula bertukar corak dengan penemuan kawasan baru, kemasukan modal Cina dan pengenalan cara-cara perlombongan yang lebih efektif oleh orang Cina. Keadaan ini telah membawa perubahan kekuasaan dan kaitan politik orang Cina di Tanah Melayu secara keseluruhan. Keadaan ini telah memberi peluang kepada British untuk campur tangan dalam hal-hal pentadbiran Tanah Melayu.

Selain itu, kerajaan British juga berusaha untuk mewujudkan suasana yang menyenangkan kepada perkembangan perusahaan bijih timah swasta kepunyaan orang Eropah. Mereka menggunakan kapal korek untuk melombong. Penggunaan kapal korek dapat melombong dengan banyak tetapi kaedah ini memerlukan belanja yang tinggi. Dengan itu, perusahaan bijih timah oleh orang Cina mulai diambil alih oleh syarikat Eropah kerana teknik kapal korek yang dapat melombong dengan cepat dan akhirnya menjual perusahaan lombong bijih timah mereka kepada syarikat British.

Di Kamunting,sekitar tahun 1960-an,penggunaan kapal korek telah berkembang pesat  dan industri biji timah ini. menjadi pekerjaan penduduk setempat selain ladang kelapa sawit dan penorehan getah yang majoritinya kaum melayu. 

 

 

Sumber :wikipedia

            : Temuramah bersama Tuan Hj. Akhiruddin (Ketua Kampung Kg. Expo)

 'Gitmo Malaysia' yang merujuk kepada Penjara Gitmo atau Guantanamo Bay di Cuba adalah panggilan Kamunting suatu ketika dahulu. Ini kerana wujudnya Kem Tahanan Kamunting (KEMTA) bagi mereka yang ditahan di bawah ISA atau Akta

Keselamatan Dalam Negeri 1960. Kamunting juga sinonim dengan kawsan tentera kerana pada tahun 1948 dan 1069 , ia menjadi kawasan penting  bagi askar British dan Komanwel ketika Darurat Tanah Melayu.

 

 

Sumber: Utusan Online

Asal-usul Kamunting

  

Asal usul kamunting dan Taiping ada kaitannya dengan Long Jaafar bin Long Abdul Latif (Datuk Paduka Setia).Pada zaman mudanya, Long Jaafar telah pergi Ke Bukit Gantang yang ketika itu di bawah jajahan mentuanya, Alang Alaiddin (Datuk Panglima Bukit Gantang). Pada waktu itu Kamunting masih lagi hutan belantara.

Ketika beliau mandi di sebatang sungai, beliau melihat sungai di situ bewarna hitam dan mendapati ada bijih timah di dalam sana. Long Jaafar membuat keputusan untukmengusahakan perlombongan bijih timah secara besar-besaran.Tempat yang mula-mula sekali dijumpai bijih timah itu dinamakan Kelian Pauh(sekitar kawasan Penjara Taiping sekarang).Kelian bermaksud lombong atau galian manakala Pauh ialah sejenis buah mangga.Kelian Pauh merupakan nama lama bagi bandar Taiping.

Pada suatu hari, seekor gajah yang dipelihara oleh Long Jaafar bernama Larut telah terlepas ke dalam hutan dan hilang selama 3 hari. Selepas ditangkap didapati kaki dan badan gajah peliharaannya yang digunakan untuk mengangkut bijih dipenuhi dengan lumpur berwarna hitam yang mengandungi pasir bijih timah kerana pergi berkubang di dalam sebuah paya,dalam rimba yang tidak berapa jauh dari kediaman Long Jaafar.

Akhirnya,Long Jaafar telah menemui sebuah lagi tempat baru yang kaya dengan bijih timah.Tempat itu dinamakan Kelian Bahru yang bermaksud lombong baru.Kelian Bahru ialah nama lama bagi Kamunting. Manakala daerah yang terdapat Kelian Pauh dan Kelian Bahru serta kawasan-kawasan sekitarnya dinamakan Larut,diambil sempena nama gajah yang menjumpai lombong bijih timah itu.

Kelian Bahru ( Kamunting) dibuka setelah bijih timah ditemui di kawasan ini. Pada ketika itu kebanyakan orang Melayu tinggal di  kawasan Bukit Gantang dan Trong. Pada tahun 1850-an,bilangan pelombong Cina di sini berjumlah 5,000 orang dan meningkat kepada 35,000-40,000 orang menjelang tahun 1870-an.Awal tahun 1860-an, Penduduk Cina di Kelian Bahru berjumlah lebih kurang 2,200 orang. Mereka menempati antara 40 hingga 50 buah deretan rumah kongsi . 2000 orang penduduknya ialah pelombong dan selebihnya ialah pekebun sayur.

Kamunting pada suatu ketika terkenal dengan nama "Gitmo Malaysia" yang merujuk keada nama Teluk Guantanamo atau Gitmo, penjara tahanan di Cuba yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat.Selain itu Kamunting juga merupakan bandar
 
industri terbesar di Taiping  .Semasa Darurat Tanah Melayu antara tahun 1948 dan 1960, Kamunting merupakan tapak yang British / Komanwel pangkalan tentera utama, ada yang pasukan pengawal yang besar untuk 28 Komanwel Briged Infantri 
 
bebas dan juga salah satu daripada tiga Hospital Tentera British (BMHs) di Tanah Melayu. Antara Taiping dan Kamunting adalah salah satu Perkuburan utama tentera di Tanah Melayu. Selama bertahun-tahun banyak konflik menentang pengganas
 
Komunis, beribu-ribu British, Australia, tentera New Zealand, Fiji dan Gurkha hidup - dan meninggal dunia - di dalam dan sekitar Kamunting dan Taiping.