Pada 11 Novermber 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting telah mengadakan program  (KDB) Klik Dengan Bijak  di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu disertai oleh pelajar-pelajar dari Tingkatan 3 ini banyak menerapkan aspek-aspek keselamatan serta adab -adab yang perlu ada dalam melayari alam siber.

Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kata laluan,berfikir sebelum menghantar sesuatu status , gambar atau video di media sosial, masalah buli siber,berwaspada ketika memilih kawan di alam maya dan sebagainya. Dalam program tersebut juga diselitkan tayangan video  klik dengan bijak bagi menambahkan pemahaman para peserta. Cenderahati juga disediakan bagi memeriahkan lagi program tersebut yang berakhir pada pukul 10 pagi.