Pada 21 & 22 Ogos yang lalu, program Klinik Akaun telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia anjuran Koperasi Wilayah Taiping. Program bertujuan memberi taklimat serta bimbingan kepada peserta-peserta koperasi mengenai penyelenggaraan  akaun koperasi dan mengenai penutupan akaun koperasi. Program juga bertujuan membantu peserta yang menghadapi masalah dlaam menyiapkan akuan koperasi.Program yang berlansung selama dua hari itu yang bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang disertai seramai 16 termasuk pegawai-pegawai dari Koperasi Wilayah Taiping . Sedikit taklimat dari Penolong Pengurus Pusat Internet diberikan berkaitan pengenalan Pusat Internet, Program Dashboard ,Program e-Waste serta aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.

 

Program dimulakan dengan sesi pengenalan dan taklimat  berkaitan pengauditan koperasi yang disampaikan oleh En. Muhamad Hafis bin Razali dan seterusnya peserta meneruskan tugas menyiapkan akaun koperasi dan dipantau dan dibantu oleh pegawai-pegawai dari Koperasi Wilayah. Peserta juga dijamukan dengan hidangan pagi, tengah hari dan petang.

 

Pada 19hb yang lalu, telah diadakan kelas tutorial membuat video menggunakan aplikasi Powtoon. Powtoon merupakan aplikasi yang dibagunkan bagi mereka yang ingin menerbitkan video yang tertumpu kepada animasi . Powtoon juga sangat mudah difahami dan mudah digunakan seperti dalam kelas yang dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah dan lepasan sekolah. Selain itu, aplikasi ini sendiri menyediakan tip-tip dan tutorial video bagi menghasilkan video yang hebat dan berkesan.

 

 

 

 

 

 

 

Pada sesi kelas tersebut, peserta diajar  perkara-perkara asas dalam aplikasi Powtoon ini seperti memasukkan gambar, lagu atau suara, menukar dan mengedit layout yang sedia ada.

 

 

 

 

 

Sempena bulan kemerdekaan yang disambut setiap bulan Ogos, kuiz kemerdekaan diadakan bagi meningkatkan kesedaran serta mendidik mereka menghargai tanah tumpah darah merekadi kalangan anak-anak muda terutama pelajar-pelajar sekolah . Menggunakan aplikasi Quizizz.com, pelajar menjawab soalan kuiz serentak menggunakan pc masing-masing. Soalan akan muncul secara rawak bagi memastikan mereka tidak dapat meniru antara satu sama lain.Melalui permainan pendidikan ini, pelajar dapat  menilai sejauh mana pengetahuan mereka antara satu sama lain dan ia juga memerlukan pelajar befikir dengan pantas kerana markah diberikan kepada jawapan betul yang dijawab dalam masa singkat.

 

 

 

Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting, satu bengkel ICT bersama komuniti Inda telah diadakan pada 13 Ogos yang lalu . Seramai 8 peserta menghadiri bengkel tersebut yang berlansung pada sebelah petang . Pada bengkel tersebut, peserta yang hadir dilatih menggunakan aplikasi Canva bagi menghasilkan kad jemputan  dengan bantuan dan tunjuk ajar dari Pengurus Pusat Internet, En. Erwady. Selain itu, peserta diajar cara membuat email sendiri.

 

 

Pada 23hb yang lalu, telah berlansung Program Literasi ICT dan Dashboard Komuniti 2017 di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting. Program ini bertujuan merapatkan jurang komuniti setempat dengan pengetahuan ICT serta memperkenalkan Dashboard Pusat Internet 1 Malaysia. Program dimulakan dengan taklimat dari Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia ,saudara Mohamad Erwandy bin Mohamad Arif .Antara intipati taklimat adalah menerangkan modul dashboard yang dibangunkan oleh Digital Intelelligence Sdn. Bhd, 

Aplikasi Dashboard yang boleh dimuat turun di Google Play Store ini merangkami beberapa kandungan iaitu My Komuniti, My Soal, My Health dan My Shop. Contohnya MyKomuniti, hebahan kepada komuniti berkaitan maklumat/info aktiviti atau program boleh dilihat di paparan dashboard ini bagi mereka yang telah menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia.Selain itu,pengguna juga boleh memuat naik hebahan melalui My komuniti dan akan ditapis oleh admin dashboard sebelum dipaparkan.Selain My Komunti ,juga diadakan My Health yang membolehkan pengunjung membuat pemeriksaan tekanan darah serta My Shop yang memperkenalkan produk setempat.

Selain memperkenalkan Dashboard, program e-waste juga mendapat sambutan menggalakkan dari para pengunjung . Program yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malayisa (SKMM) membantu menjaga alam sekitar dengan mengitar semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet termasuk pengecas dan aksesori. 

Turut berlansung juga aktiviti skrip ke skrin iaitu asas penerbitan video yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah berhampiran.Kelas ini menumpukan perkara-perkara asas yang perlu ada dalam penerbitan sesebuah video dari permulaan hingga penghabisan.

Bagi memeriahkan lagi program ini ,diselitkan juga dengan aktiviti kuiz dashboard, cabutan bertuah, kuiz kenegaraan yang disertakan dengan goodies dari pusat Internet  serta hamper dan duit raya kepada kanak-kanak yang di sumbangkan oleh  YB Dato' Mohammad Zahir selaku Adun Kamunting.