Kepentingan ICT kepada para pelajar dilihat menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan pada masa sekarang dari segi penyebaran dan pencarian maklumat , tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru . Pelajar juga kini mampu belajar dalam suasana yang mudah dan menyeronokkan. Melihatkan kepada perkembangan yang pesat ini ,Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting juga mengambil inisiatif untuk menarik minat pelajar terutama kepada pelajar sekolah rendah untuk mendekatkan mereka dengan ICT dengan mengadakan kelas interaktif pembelajaran berbentuk permainan dari laman web www.mathplayground.com

Kelas yang diadakan pada 8 Mei yang lalu itu menghimpunkan seramai 10 orang pelajar dari peringkat sekolah rendah. Peljar didedahkan dengan subjek matematik  dalam bentuk permainan yang menyeronokkan. Laman web ini meyediakan bermacam-macam permainan yang boleh dicuba secara percuma dari peringkat umur yang berbeza yang secara tidak lansung dapat menarik minat untuuk belajar dengan cara yang santai.