Asal-usul Kamunting

  

Asal usul kamunting dan Taiping ada kaitannya dengan Long Jaafar bin Long Abdul Latif (Datuk Paduka Setia).Pada zaman mudanya, Long Jaafar telah pergi Ke Bukit Gantang yang ketika itu di bawah jajahan mentuanya, Alang Alaiddin (Datuk Panglima Bukit Gantang). Pada waktu itu Kamunting masih lagi hutan belantara.

Ketika beliau mandi di sebatang sungai, beliau melihat sungai di situ bewarna hitam dan mendapati ada bijih timah di dalam sana. Long Jaafar membuat keputusan untukmengusahakan perlombongan bijih timah secara besar-besaran.Tempat yang mula-mula sekali dijumpai bijih timah itu dinamakan Kelian Pauh(sekitar kawasan Penjara Taiping sekarang).Kelian bermaksud lombong atau galian manakala Pauh ialah sejenis buah mangga.Kelian Pauh merupakan nama lama bagi bandar Taiping.

Pada suatu hari, seekor gajah yang dipelihara oleh Long Jaafar bernama Larut telah terlepas ke dalam hutan dan hilang selama 3 hari. Selepas ditangkap didapati kaki dan badan gajah peliharaannya yang digunakan untuk mengangkut bijih dipenuhi dengan lumpur berwarna hitam yang mengandungi pasir bijih timah kerana pergi berkubang di dalam sebuah paya,dalam rimba yang tidak berapa jauh dari kediaman Long Jaafar.

Akhirnya,Long Jaafar telah menemui sebuah lagi tempat baru yang kaya dengan bijih timah.Tempat itu dinamakan Kelian Bahru yang bermaksud lombong baru.Kelian Bahru ialah nama lama bagi Kamunting. Manakala daerah yang terdapat Kelian Pauh dan Kelian Bahru serta kawasan-kawasan sekitarnya dinamakan Larut,diambil sempena nama gajah yang menjumpai lombong bijih timah itu.

Kelian Bahru ( Kamunting) dibuka setelah bijih timah ditemui di kawasan ini. Pada ketika itu kebanyakan orang Melayu tinggal di  kawasan Bukit Gantang dan Trong. Pada tahun 1850-an,bilangan pelombong Cina di sini berjumlah 5,000 orang dan meningkat kepada 35,000-40,000 orang menjelang tahun 1870-an.Awal tahun 1860-an, Penduduk Cina di Kelian Bahru berjumlah lebih kurang 2,200 orang. Mereka menempati antara 40 hingga 50 buah deretan rumah kongsi . 2000 orang penduduknya ialah pelombong dan selebihnya ialah pekebun sayur.