Satu mesyuarat telah diadakan di Pusat internet  Malaysia kg.Kamunting pada 9hb yang lalu bagi membincangkan perihal wabak denggi yang baru dilaporkan di Daerah Larut Matang dan Selama di kawasan Kg. Baru Tambahan Kamunting.Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu bagi membincangkan masalah dan tindakan penambaikan yang perlu diambil untuk mengawal wabak ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah , En. Ikram bin Ahmad dan disertai agensi berkaitan seperti pihak sekolah, wakil penduduk, jabatan kesihatan,jabatan perpaduan dan lain-lain.

Pada sesi mesyuarat tersebut, laporan telah dibentangkan oleh P. Shahida berkaitan permasalahan dan status penghuni yang dilaporkan menjadi mangsa wabak tersebut. Mesyuarat ditamatkan jam 11.00 pagi.

 

Bertempat di Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Hidayah  Kampung Expo telah diadakan Majlis Maulidur Rasul 1438 Hijrah anjuran Surau Expo Tambahan, Jalan Kolam 8 dengan kerjasama JKKK  serta penduduk Expo Tambahan Kamunting pada 4 Februari yang lalu .Majlis dimulakan dengan  bacaan doa majlis oleh Imam Masjid Kg. Expo dan bacaan ayat suci Al-Quran oleh En. Abd. Razak . Seterusnya Majlis diteruskan dengan nyanyian nasyid dari Kumpulan Murid Surau Agama Al-Hidayah Kg. Expo  ,disusuli dengan  nyanyian Qasidah dari Kumpulan An Nur yang dipimpin oleh Ustaz Yusuf , Kampung Paya dan semua yang hadir bersama-sama mengalunkan selawat kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W . Ucapan aluan dari Pengerusi Surau Kg. Expo, En. Ahmad Bin Awang mengambil alih majis dan kemudian diteruskan dengan ceramah oleh  Al Fadhil Ustaz Ismail Bin Din selaku penceramah bebas  . Majlis besurai pada 1.30 tengahari dengan sesi bergambar dan jamuan tengahari

.

 

 

 

 

Menghimpunkan semua kelompok dari cawangan Kg. Baru, dari Belia hinggalah ke Wanita,satu Mesyuarat Kg. Baru Kali ke 18 telah berlansung di Pusat Internet  Malaysia Kamunting pada 29 April yang lalu . Mesyuarat yang bermula pada sebelah petang tetap diteruskan walaupun hujan lebat  ketika itu . Lebih dari 35 hadir pada mesyuarat kali ini dan antara atucara persidangan adalah ucapan alauan daripada Pengerusi, membentangkan penyata kewangan, peringatan persidangan, memilih wakil sera membahaskan usul. Persidangan ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

 

 

 

Bengkel Penggunaan Sistem E-desa yang berlansung selama 4 hari di Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting merupakan program di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak. Bengkel ini disertai oleh Ketua Kampung dan seorang wakil JKK Kampung dari mukim Bukit Gantang, Matang dan Taiping.

Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting dipilih kerana mempunyai fasiliti komputer yang mencukupi serta capaian internet yang laju bagi memastikan kelancaran program. Bengkel ini adalah untuk memberi panduan kepada setiap peserta bagaimana cara untuk mengemaskini maklumat berkaitan kampung masing-masing di dalam portal yang disediakan. 

 

Pada 22 Februari 2016 yang lalu, satu Mesyuarat JKKK Batu 4 telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting . Mesyuarat yang bermula pada pukul 3 itu dihadiri kesemua AJK dan dipengerusikan oleh Tn. Hj. Akhiruddin selaku Ketua Kampung. Pada perjumpaan itu isu yang dibangkitkan seperti masalah-masalah di kampung masing-masing, penukaran AJK Batu 4. Selain itu dibincangkan penambaikkan yang perlu ada bagi memantapkan lagi JKKK Batu 4 serta program-program yang akan diadakan pada masa akan datang.Mesyuarat selesai pada pukul 6.00 petang.