Terletak berhampiran dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ,Perpustakaan Desa ini telah dibuka kepada umum pada 1 September 2006 yang dirasmikan oleh Datuk Malik .Lokasinya yang mudah dicari dan strategik kerana berhampiran dengan dua buah sekolah dan dikelilingi dengan kawasan perumahan bagi memastikan penggunaan berkesan perpustakaan ini.
Perpustakaan Desa Kg. Expo dibuka dari hari Selasa hingga Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini menyediakan pelbagai genre buku yang sesuai untuk semua peringkat umur dan tiada bayaran dikenakan jika ingin menjadi ahli
Pada 1 April yang lalu, telah berlansung perasmian Jambatan Baru yang menghubungkan Kg. Expo dan Kg. Sg. Relong yang dirasmikan oleh Adun Kamunting YB. Dato' Hj. Mohamad Zahir B. Dato' Hj. Abdul Khalid. Jambatan yang dibina di bawah peruntukkan kerajaan Perak ini akan dapat memudahkan lagi urusan penduduk kampung yang mana laluan tersebut menjadi laluan penting penduduk setempat sejak sekian lama.
Pada 3 March yang lalu, berlansungnya pelancaran Perkhidmatan Rapid Bas Kamunting di perkarangan Stesen Keretapi Taiping oleh YB Dato' Mohammad Zahir Abdul Khalids selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor yang juga Adun Kamunting. Turut sama pada pelancaran tersebut adalah Ketua Ekeskutif NCIA, Dato Redza Rafiq Abdul Razak, Yang Dipertua MPT, Dato’ Abdul Rahim Ariff, Presiden KTMB, Lt. Kol. (B) Dato’ Haji Sarbini Tijan. Bas Rapid akan memberi perkhidmatan secara percuma sehingga hujung bulan ini dan kadar tambang akan ditentukan kemudian Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Encik Zulkifli Mohd Yusoff. Perkhidmatan Bas Rapid Kamunting ini adalah kejersama daripada Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).Dua laluan Rapid Kamunting setakat ini adalah Laluan 10 atau Taiping Loop, yang mempunyai 17 hentian termasuk Kamunting Raya Express Bus Terminal, Stesen KTM Taiping, Kawasan Perindustrian Kamunting, Hospital Besar dan First Galleria Museum.Manakala Laluan 20 atau Jejak Warisan Loop dan juga mempunyai 17 hentian dan meliputi kawasan Zoo Taiping & Night Safari, Taman Tasik, Stesen KTM Taiping, Taiping Mall dan Perpustakaan Awam Taiping.
Halaman 1 dari 2