Pada 19 dan 20hb September yang lalu telah berlansung kursus Online Marketing di Pusat Internet Kamunting. Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Kemas itu dihadiri oleh Petugas-petugas Kemas dari Parlimen Taiping. Kursus ini memberi tumpuan kepada pemasaran secara berkesan dan platform yang perlu dipraktikkan seperti Facebook, Instagram.
Bertempat di PEDi Kamunting, telah berlansung mesyuarat Ibu Tunggal bagi tahun 2019 yang dipengerusikan oleh Pn. Salmah dan disertai seramai 15 AJK. Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi menumpukan kepada aktiviti -aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tahun 2019 dan aktiviti yang bakal dianjurkan pada tahun 2020. Selain itu permasalah dalam persatuan turut diketengahkan bagi memastikan misi dan visi persatuan tercapai.
Persatuan Ibu Tunggal Kamunting megadakan mesyuarat pertama mereka bagi tahun 2020 bertempat di Pusat Internet Kamunting. Diadakan pada 2 March yang lalu, agenda kali ini menumpukan kepada aktiviti -aktiviti dan program yang berlansung pada tahun lepas serta isu -isu berbangkit. Agenda mesyuarat kali ini juga menumpukan kepada aktiviti dan program yang perlu dirangka dan ditetliti semula sejajar dengan penyebaran wabak Covid 19.
Pada 17 Ogos yang lalu telah diadakan pertandingan lipatan tuala dan pertandingan memasak kari dan agar-agar di Pusat Internet Kamunting. Pertandingan yang bermula pada 10 pagi itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 30 peserta mengambil bahagian dengan mempamerkan gubahan serta hiasan persembahan yang menarik. 2 juri dipertangungjawab untuk mengadili peserta .Untuk pertandingan lipatan, markah bedasarkan Kreatif, kekemasan dan hiasan, bagi pertandingan masakan kari dan agar-agar, markah ditentukan bedasarkan rasa/aroma, bahan dan hiasan/kebersiahan.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Pertandingan lipatan tuala :
Tempat pertama : Hamidah binti Dain
Tempat Kedua : Norhayati Binti Hassam
Tempat Ketiga : Maznah Binti Abd. Rahman
Pertandingan Memasak Kari :
Tempat pertama : Maznah Binti Abd. Rahman
Tempat Kedua : Priya Darshini d/o Sathiabalan
Tempat Ketiga : Nor Fazidah binti Aziz
Pertandingan Memasak Agar-agar :
Tempat pertama : Jamnah binti Abdul Malik
Tempat Kedua : Nor Fazidah binti Aziz
Tempat Ketiga : Nor Azian binti Ramli