Seramai 5 ahli Pi1M yang merupakan pelajar sekolah rendah menghadiri kelas Multimedia yang  dikendalikan oleh Penolong Pengurus yang diadakan pada 22 April . Mereka didedahkan dengan perkara asas dalam melayari dan mencari maklumat menggunakan  perisian google chrome. Peserta juga diajar bagaimana mencari ,menyalin dan menampal dan menyimpan maklumat. Selain itu ,mereka belajar menggunakan beberapa aplikasi google lain seperti terjemahan dan aplikasi gambar .