Walaupun usianya sudah menginjak 66 tahun ,tpi semangat Pn. Thromah sebagai seorang usahawan kecil harus dipuji kerana masih mementingkan ilmu ICT untuk mendalami dan meningkatkan pengetahuannya dalam bidang perniagaan. Pn. thromah seorang yang rajin bertanya dan sering singgah ke Pusat Internet Kamunting untuk belajar seperti surat menyurat, media sosial .

 

Pada 16hb yang lalu, telah berlangsung bengkel keusahawan Kosmetik bagi produk Mary Kay yang menghimpunkan usahawan dan bakal usahawan yang ingin menceburi bidang kosmetik ini. Bengkel yang bermula pada 10 pagi itu melibatkan sesi penerangan dan taklimat berkaitan pemasaran , produk dan juga tidak ketinggalan  sesi praktikal penggunaan produk-produk Mary Kay. 

 

Bertempat di Pusat Internet Kamunting, telah berlansung sesi saringan bagi Kursus Spa & Penjagaan Wanita sdi bawah Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan dibawah NCER. Saringan dijalankan pada 5,9 dan 16 itu akan memilih peserta yang berkelayakkan yang akan menjalani kursus secara percuma yang mana ditaja sepenuhnya oleh Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)

Perserta yang memohon perlulah memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan yang antaranya seperti ibu atau bapa tunggal, suri rumah, berumur 18-45 tahun .

Perserta yang berjaya akan menjalani kursus selama 6-12 bulan dengan harapan peserta dapat menjana pendapatan sendiri selepas tamat kursus ini.

 

Pada 27hb September yang lalu, telah berlansung Seminar e-payment dan Macau Scam di Hotel Perdana Taiping, bersama  Usahawan Tekun, Bank Mualamalat serta pengurus Pusat Internet Kamunting .Pada seminar tersebut s En. Erwady, selaku pengurus Pusat Internet Kamunting menyampaikan taklimat serba sedikit berkaitan e-payment dan Macau SCAM. Seminar yang bermula jam 8 hingga 1 tengahari itu melibatkan lebih daripada 50 peserta.