Pada 10hb Jun yang lalu, Pusat Internet mengadakan kelas berbentuk e-learning kepada pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah. Pengajaran  interaktif ini melibatkan seramai 7 pelajar. Tujuanya adalah untuk mendidik para pelajar untuk mendalami dan belajar dengan lebih mudah menggunakan laman web yang tersedia. Mathplayground merupakan laman web yang menyediakan pembalajaran interaktik dalam bentuk permainan . Laman ini mempunyai 100 permainan subjek matematik, teka-teki, serta video langkah demi langkah.Apa yang menariknya . laman ini mudah digunakan dan gambar yang terang dan ceria menarik minat pelajar untuk mencubanya.