Bertempat di SK. Kg. Boyan pada 16 Oktober 2016 yang lalu, telah diadakan satu slot Klik Dengan Bijak (KDB)sempena program Jambori Pengangkap Peringkat negeri Perak. Program tersebut disertai oleh- oleh pelajar-pelajar dari serata sekolah di dalam negeri perak.Program yang berlansung selama 3 hari bermula 14 hingga 16 Oktober 2016.
Sempena majlis penutupan hari terakhir Program Jambori di Udara (JOTA ) dan Jambori di Internet (JOTI) Sedunia 2016 dan melihatkan penggunaan dunia siber begitu penting pada masa kini , Puan Hanita Izam Binti Abdul Rahman selaku Ketua SKMM Negeri Perak telah dijemput memberi ceramah berkenaan jenayah siber yang turut disertai pengurus-pengurus dari Pusat Internet 1 Malaysia.
Ceramah banyak menumpukan kepada adab-adab komunikasi, bahaya media sosial dan salah laku yang membawa kepada jenayah siber. Pada slot KDB tersebut juga disediakan soalan berserta saguhati bagi menguji kepahaman dan merancakkan lagi slot KDB terbabit.
Pada 9/10/2016, telah berlansung hari I-Health Dashboard di Pusat Internet 1Malaysia Kamunting dengan kerjasama Pusat Internet Simpang, Pokok Assam serta Persatuan Ibu Tunggal. Program yang bermula pada pukul 8, mendapat sambutan menggalakan terutamanya daipada kaum wanita.
Selain membuat pemeriksaan tekanan darah, peserta juga boleh menimbang berat badan mereka dan mereka juga diberi penerangan mengenai aplikasi dashboard . Bagi merancakkan lagi program tersebut, pertandingan taip pantas juga diadakan bagi kategori kanak-kanak dan dewasa.Program yang berakhir pada tengahari itu disudahai dengan penyamapaian hadiah serta cenderahati.