Bertempat di Pusat Internet Kamunting telah berlansung Saringan temuduga untuk Latihan Kemahiran dan Keusahawan di bawah NCER@ Perak. Kursus yang ditawarkan adalah :

-Bakeri & Kulinari

-Jahitan 

-Spa & Penjagaan Wanita

-Dandanan Rambut Lelaki

-Penyenggaraan Motosikal

 

Termuga yang berlangsung pada jam 10.00 pagi itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar  SPM/Universiti dan bagi yang sedang bekerja tetapi ingin memajukan diri dalam kerjaya dan perniagaan. Latihan ini juga menumpukan kepada mereka di bawah lingkungan  B40 serta golongan ibu dan bapa tunggal.

 

Gambar di sini.....................

 

KEUSAHAWANAN-NS VENTURES

Pada 28 April yang lalu, telah diadakan kursus grafik menggunakan aplikasi Canva yang dianjurkan oleh Cik Syakirin selaku tenaga pengajar.Beliau yang juga mempunyai pengalaman sebagai tenaga pengajar untuk pemasaran di FB dan atas talian menggunakan kemahiran beliau bagi memudahkan lagi pemahaman peserta melalui perisian Canva ini. Kelas selama 3 jam itu, yang bermula pada pukul 10 pagi tertumpu kepada pengenalan, taklimat dan praktikal oleh peserta menggunakan perisian tersebut yang mana perserta yang hadir ini tidak pernah lagi menggunakan perisian Canva ini. Seiring dengan taklimat, peserta akan mengaplikasikan terus kepada perisian Canva langkah demi langkah untuk memastikan peserta lebih mudah faham.