Tarikh : 24 & 25 March 2018
Masa : 10.00 AM - 05.00 PM                                            
Lokasi : PI Kg. Kamunting                                              

 

 

Tujuan

Sempena cuti sekolah, Pelajar yang hadir menyertai aktiviti yang disediakan Pusat Internet bagi menghabiskan masa terluang, Aktiviti yang disediakan tidak terhad kepada aktiviti pembelajaran malahan melibatkan aktiviti kecergasan.  

 

Aktiviti

Aktiviti yang berlansung selama 2 hari adalah kuiz matepalajaran sains,matematik, pendidikan jasmani, agama islam, bahasa melayu,grammer (B.I) Klik dengan Bijak (KDB)  yang menggunakan website Quizizz.com ,tontonan video berkaitan alam semulajadi dan haiwan serta permainan fizikal  yang memerlukan pegerakan pantas dan strategi. Selain itu juga kelas asas komputer juga ada disediakan bagi mendekatkan lagi pelajar-pelajar berkaitan pengetahuan asas komputer seperti papan kekunci, pengunaan USB, Desktop dan sebagainya.

 

 

Tarikh : 20 March 2018
Masa : 11.00 AM - 01.00 PM                                            
Lokasi : PI Kg. Kamunting                                              

 

 

Tujuan

Memupuk semangat cintakan negara Malaysia dan menguji pengetahuan pelajar -pelajar dalam matapelajaran pendidikan Islam

 

Aktiviti

Melalui kuiz online dan juga soal jawab bersama tenaga pengajar ,sedikit taklimat dan panduan cara untuk menjawab soalan berbentuk objektif

Tarikh : 03 March 2018
Masa : 03.00 PM - 06.00 PM                                            
Lokasi : PI Kg. Kamunting                                              

 

Tujuan

Melihat dan menilai sejauh mana pelajar-pelajar dapat memahami penggunaan tatabahasa yang betul dan membentuk ayat-ayat panjang dalam microsoft word. Untuk Microsoft Excel, pelajar diuji secara online untuk menilai sejauh mana pengetahuan  mereka mengenai asas Microsoft Excel .

Aktiviti

Pada sesi Microsoft Word kali ini, pelajar diberi  teks dan harus membetulkan dari segi tatahasa dan penggunaan ayat, manakala untuk sesi Microsoft Excel, mereka menggunakan  Quizizz untuk menjawab soalan

Tarikh : 13 March 2018
Masa : 09.00 AM - 01.00 PM                                            
Lokasi : PI Kg. Kamunting                                              

 

 

Tujuan

Bagi tujuan semakan data SIMPENI (Sistem Maklumat Pendidikan Islam)  secara online , kelajuan internet dan kemudahan- kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet  Malaysia menjadi pilihan Pejabat Agama Taiping bagi melancarkan lagi tugasan mereka sekaligus dapat memperkenalkan mereka dengan lebih dekat kemudahan-kemudahanlain yang disediakan oleh Pusat Internet  Malaysia.

 

Aktiviti

Sebelum bermula, pengenalan Pusat Internet diberikan oleh Pengurus Pusat internet, En. Erwady, didalam taklimatnya beliau menerangkan berkaitan kemudahan, aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Pusat Internet  Malaysia Kg. Kamunting. Selain keperluan internet untuk semakan data, mesin cetak dan fotostat juga diguna pakai dalam bengkel mereka.

 

Tarikh          : 26 & 27  Febuari 2018
Masa

  08.00 A.M- 2.00 P.M

Lokasi : Pi1M Kg. Kamunting                                              
Bil. Peserta  10 orang

 

pejabat agama.jpg

Tujuan

Memberi pendidikan, pendedahan kepada Jabatan Agama berkaitan dengan media baru seperti instagram,facebook, youtube yang sangat relevan dengan pekerjaan dan berhubung kait dengan masyarakat setempat yang mana diharap dapat memberi impak postif dalam menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai media baru.

Aktiviti

Hari pertama (26 Feb 2018)

Taklimat berkaitan program Bengkel Kursus modal Asas ICT,mewujudkan akaun gmail dan asas dalam email seperti menghantar dan memuat turun dan memuat naik dokumen,memuat naik kata-kata nukilan/video di youtube, taklimat berkaitn facebook dan page untuk masjid serta fungsi FB untuk tujuan dakwah .

 

Hari Kedua (27 Feb 2018)

Untuk hari kedua, peserta diberikan pendedahan mengenai whatapp web, whatapp kump. serta pelbagai kegunaan smart phone. Kemudian peserta terlibat dengan canva (rekaan grafik) dan pengurus juga tidak ketinggalan menyentuh dari segi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai parenting control seperti mendidik, mengawal berkaitan gadget serta media baru yang memang dekat dengan anak-anak pada masa kini.

 

Gambar selanjutnya di sini