Tarikh : 16 Oktober 2017
Masa : 2.00 pm- 4.00 pm
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting
Tujuan :
Melihatkan penggunaan carta begitu relevan pada masa kini, pelajar dibimbing bagi membina carta menggunakan Microsoft Word supaya mereka mahir menggunakanya dalam pembelajaran mereka di sekolah.
Aktiviti :
Seramai 9 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menghadiri kelas Asas Microsoft Word yang menumpukan kepada pembinaan carta. Peserta dibimbing dari pengenalan kepada jenis-jenis carta dan fungsingya. Mereka diberi penerangan dan diajar langkah-demi langkah dengan bantuan guru sehingga selesai membina carta mereka sendiri. Kelas yang bermula pada pukul 2 mengajak pelajar-pelajar untuk menjadi lebih kreatif dalam membentuk satu carta yang lebih moden dan kemas.
Tarikh : 9 Oktober 2017
Masa : 8.30 pagi- 5 petang
Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting
Peserta : 20 peserta
Seramai 20 perserta terdiri daripada jabatan kerajaan ,swasta, kelab dan pertubuhan menghadiri Kelas Akaun di bawah anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Pusat Internet Kg. Kamunting. Antara jabatan yang hadir adalah Koperasi sekolah-sekolah serta Koperasi Kerajaan. Kelas ini diadakan bagi membantu peserta memahami dan menyelesaikan permasalahan perkara berbangkit berkaitan penyediaan akaun di bawah selian mereka serta mengemaskini data-data yang di perlukan. Disinilah mereka mengguna pakai kemudahan internet yang laju dengan jmlah komputer yang dapat menampung jumlah perserta pada hari tersebut. Disamping itu kelas ini bertujuan mempromosikan dan merapatkan komuniti setempat dengan Pusat Internet 1 Malaysia.Peserta juga diberi taklimat berkaitan aktiviti serta program yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia.
Kelas Microsoft Word ini diadakan 3 kali setiap minggu. Dihadiri oleh pekerja -pekerja dari syarikat swasta yang sama seramai 4 orang ,2 lelaki dan 2 perempuan. Peserta didedahkan dengan asas Microsoft Word Kerana ada yang belum mahir atau jarang menggunakan perisian ini. Menggunakan kamudahan projektor bagi membantu memudahkan pengajaran selain dibimbing secara lansung kepada pelajar. Kelas banyak menumpukan kaedah mempraktikkan terus apa yang diajar oleh pengajar untuk memastikan peserta memahami dengan lebih cepat sertaSesi soal jawab diantara peserta dan pengajar.
Sempena Hari Deepavali yang disambut kaum India pada 18 Oktober, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting menganjurkan pertandingan mereka poster bertemakan sambutan Hari Deepavali bagi memeriahkan lagi perayaan ini. Pertandingan yang diadakan pada sebelah petang itu disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah seramai 9 orang . Peserta diharuskan menggunakan aplikasi Microsft Word untuk menghasilkan poster yang mana markah ditentukan dari segi teknik dan kreativiti dan selanjutnya mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah diajar kepada mereka sebelum ini seperti mereka, menambah dan mengedit . Sesi penyampaian hadiah serta bergambar kenangan diadakan di akhir sesi.
Pada 10 Sept yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting telah mengadakan Program Hari Dashboard Hari Komuniti 2017 untuk kali yang kedua dimana tujuan utamanya adalah untuk memberi hebahan mengenai Dasboard Pusat Internet 1 Malaysia. Selain itu juga program ini dapat mengumpulkan serta menarik ahli-ahli serta pengunjung luar untuk turut serta dalam aktiviti serta program yang diwujudkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting untuk melestarikan komuniti celik ICT.
Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu, turut disertai oleh guru - guru dari pusat Tahfiz Tarbiyah Ibnu Sina seramai 20 orang yang dinaungi oleh Ustaz Hj. Mohd Afif b. Hj. Yahya. Aktiviti utama pada program tersebut adalah taklimat berkaitan dashboard yang merangkumi My Komunitri, My Soal, My Health,My Skool, My Place dan My Shop. Turut ditekankan pada taklimat itu adalah aplikasi Dashboard yang boleh dimuat turun .Pemeriksaan Kesihatan juga berlansung dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Selain itu aktiviti lain adalah sperti hebahan maklumat di dashboard, mobile e-waste, produk. Bagi merancakkan serta memeriahkan program pada hari tersebut, saguhati serta barangan Pi1m Exchange turut diberi kepada pengujung yang menyertai aktiviti yang disediakan. Cabutan nombor bertuah juga diadakan di penhujung program.