Bertempat di SK. Kg. Boyan pada 16 Oktober 2016 yang lalu, telah diadakan satu slot Klik Dengan Bijak (KDB)sempena program Jambori Pengangkap Peringkat negeri Perak. Program tersebut disertai oleh- oleh pelajar-pelajar dari serata sekolah di dalam negeri perak.Program yang berlansung selama 3 hari bermula 14 hingga 16 Oktober 2016.
Sempena majlis penutupan hari terakhir Program Jambori di Udara (JOTA ) dan Jambori di Internet (JOTI) Sedunia 2016 dan melihatkan penggunaan dunia siber begitu penting pada masa kini , Puan Hanita Izam Binti Abdul Rahman selaku Ketua SKMM Negeri Perak telah dijemput memberi ceramah berkenaan jenayah siber yang turut disertai pengurus-pengurus dari Pusat Internet 1 Malaysia.
Ceramah banyak menumpukan kepada adab-adab komunikasi, bahaya media sosial dan salah laku yang membawa kepada jenayah siber. Pada slot KDB tersebut juga disediakan soalan berserta saguhati bagi menguji kepahaman dan merancakkan lagi slot KDB terbabit.