Pada 21 & 22 Ogos yang lalu, program Klinik Akaun telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia anjuran Koperasi Wilayah Taiping. Program bertujuan memberi taklimat serta bimbingan kepada peserta-peserta koperasi mengenai penyelenggaraan akaun koperasi dan mengenai penutupan akaun koperasi. Program juga bertujuan membantu peserta yang menghadapi masalah dlaam menyiapkan akuan koperasi.Program yang berlansung selama dua hari itu yang bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang disertai seramai 16 termasuk pegawai-pegawai dari Koperasi Wilayah Taiping . Sedikit taklimat dari Penolong Pengurus Pusat Internet diberikan berkaitan pengenalan Pusat Internet, Program Dashboard ,Program e-Waste serta aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
Program dimulakan dengan sesi pengenalan dan taklimat berkaitan pengauditan koperasi yang disampaikan oleh En. Muhamad Hafis bin Razali dan seterusnya peserta meneruskan tugas menyiapkan akaun koperasi dan dipantau dan dibantu oleh pegawai-pegawai dari Koperasi Wilayah. Peserta juga dijamukan dengan hidangan pagi, tengah hari dan petang.