Pada 23hb yang lalu, telah berlansung Program Literasi ICT dan Dashboard Komuniti 2017 di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting. Program ini bertujuan merapatkan jurang komuniti setempat dengan pengetahuan ICT serta memperkenalkan Dashboard Pusat Internet 1 Malaysia. Program dimulakan dengan taklimat dari Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia ,saudara Mohamad Erwandy bin Mohamad Arif .Antara intipati taklimat adalah menerangkan modul dashboard yang dibangunkan oleh Digital Intelelligence Sdn. Bhd,
Aplikasi Dashboard yang boleh dimuat turun di Google Play Store ini merangkami beberapa kandungan iaitu My Komuniti, My Soal, My Health dan My Shop. Contohnya MyKomuniti, hebahan kepada komuniti berkaitan maklumat/info aktiviti atau program boleh dilihat di paparan dashboard ini bagi mereka yang telah menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia.Selain itu,pengguna juga boleh memuat naik hebahan melalui My komuniti dan akan ditapis oleh admin dashboard sebelum dipaparkan.Selain My Komunti ,juga diadakan My Health yang membolehkan pengunjung membuat pemeriksaan tekanan darah serta My Shop yang memperkenalkan produk setempat.
Selain memperkenalkan Dashboard, program e-waste juga mendapat sambutan menggalakkan dari para pengunjung . Program yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malayisa (SKMM) membantu menjaga alam sekitar dengan mengitar semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet termasuk pengecas dan aksesori.
Turut berlansung juga aktiviti skrip ke skrin iaitu asas penerbitan video yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah berhampiran.Kelas ini menumpukan perkara-perkara asas yang perlu ada dalam penerbitan sesebuah video dari permulaan hingga penghabisan.
Bagi memeriahkan lagi program ini ,diselitkan juga dengan aktiviti kuiz dashboard, cabutan bertuah, kuiz kenegaraan yang disertakan dengan goodies dari pusat Internet serta hamper dan duit raya kepada kanak-kanak yang di sumbangkan oleh YB Dato' Mohammad Zahir selaku Adun Kamunting.