Pada 10 Sept yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting telah mengadakan Program Hari Dashboard Hari Komuniti 2017  untuk kali yang kedua dimana  tujuan utamanya adalah untuk memberi hebahan mengenai Dasboard Pusat Internet 1 Malaysia. Selain itu juga program ini dapat mengumpulkan serta menarik ahli-ahli serta pengunjung luar untuk turut serta dalam aktiviti serta program yang diwujudkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting untuk melestarikan komuniti celik ICT. 

Program yang bermula  pada pukul 9.00 pagi itu, turut disertai oleh  guru - guru  dari pusat Tahfiz Tarbiyah Ibnu Sina seramai 20 orang yang dinaungi oleh Ustaz Hj. Mohd Afif b. Hj. Yahya. Aktiviti utama pada program tersebut adalah taklimat berkaitan dashboard yang merangkumi My Komunitri, My Soal, My Health,My Skool, My Place dan My Shop. Turut ditekankan pada taklimat itu adalah aplikasi Dashboard yang boleh dimuat turun .Pemeriksaan Kesihatan juga berlansung dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Selain itu aktiviti lain adalah sperti hebahan maklumat di dashboard, mobile e-waste, produk. Bagi merancakkan serta memeriahkan program pada hari tersebut, saguhati serta barangan Pi1m Exchange turut diberi kepada pengujung yang menyertai aktiviti yang disediakan. Cabutan nombor bertuah juga diadakan di penhujung program.