Tarikh  : 18 Nov 2017

Masa   : 8.00 ptg- 2.00 ptg

Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting

 

Tujuan

Pada 18 November yang lalu, PI1M Kamunting telah mengadakan program Dashboard Komuniti untuk kali yang ke 3 dalam tahun 2017 ini. Tujuan program ini adalah untuk mendekatkan serta memperkenalkan komuniti dengan aplikasi Dashboard yang dibangunkan oleh MSD ini  yang mana didalamnya terkandung modul seperti I-Health, My Komuniti ,My Shop dan sebagainya. Selain daripada itu, PI1M Kamunting juga menyediakan  pertandingan memasak Keatiaw Georeng, pertandingan melipat kain dan pertandingan Mewarna satu keluarga, satu lukisan bagi menarik pengunjung ke program ini.

 

Aktiviti

Program yang bermula pada pukul 8.00 itu dimulakan dengan pendaftaran pengunjung dan kemudian taklimat dashboard dan program yang disampaikan oleh Pengurus Pusat Internet. Pada program tersebut , pemeriksaaan kesihatan , I-Health, muat turun aplikasi dashboard , mendapat penglibatan yang menggalakkan. program e-waste juga diperkenalkan pada program tersebut. Cenderahati ,hadiah pertandingan serta cabutan bertuah juga turut diadakan bagi merancakkan program pada hari tersebut.

 

gambar di sini...