Tarikh : 22 Okt 2017
Masa : 2.00 ptg- 4.00 ptg
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting
Tujuan
Memberi Pendedahan kepada pelajar tentang teknik mengedit dan mereka poster dengan lebih cantik dan kemas
Aktiviti
Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah diberikan taklimat ringkas dahulu sebelum kelas bermula dan peserta diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menyiapkan poster yang mereka kehendaki mengikut kreativiti dan teknik yang telah diajar. Peserta diberi tema bebas dan dipantau oleh tenaga pengajar yang bertugas. Kemahiran menggunakan maklumat dari internet juga diterapkan pada kelas tersebut dalam mencari gambar,grafik yang sesuai untuk diletak dalam poster tersebut.