Menghimpunkan semua kelompok dari cawangan Kg. Baru, dari Belia hinggalah ke Wanita,satu Mesyuarat Kg. Baru Kali ke 18 telah berlansung di Pusat Internet Malaysia Kamunting pada 29 April yang lalu . Mesyuarat yang bermula pada sebelah petang tetap diteruskan walaupun hujan lebat ketika itu . Lebih dari 35 hadir pada mesyuarat kali ini dan antara atucara persidangan adalah ucapan alauan daripada Pengerusi, membentangkan penyata kewangan, peringatan persidangan, memilih wakil sera membahaskan usul. Persidangan ditangguhkan pada jam 5.30 petang.