Bertempat di Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Hidayah  Kampung Expo telah diadakan Majlis Maulidur Rasul 1438 Hijrah anjuran Surau Expo Tambahan, Jalan Kolam 8 dengan kerjasama JKKK  serta penduduk Expo Tambahan Kamunting pada 4 Februari yang lalu .Majlis dimulakan dengan  bacaan doa majlis oleh Imam Masjid Kg. Expo dan bacaan ayat suci Al-Quran oleh En. Abd. Razak . Seterusnya Majlis diteruskan dengan nyanyian nasyid dari Kumpulan Murid Surau Agama Al-Hidayah Kg. Expo  ,disusuli dengan  nyanyian Qasidah dari Kumpulan An Nur yang dipimpin oleh Ustaz Yusuf , Kampung Paya dan semua yang hadir bersama-sama mengalunkan selawat kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W . Ucapan aluan dari Pengerusi Surau Kg. Expo, En. Ahmad Bin Awang mengambil alih majis dan kemudian diteruskan dengan ceramah oleh  Al Fadhil Ustaz Ismail Bin Din selaku penceramah bebas  . Majlis besurai pada 1.30 tengahari dengan sesi bergambar dan jamuan tengahari

.