Menjana pendapatan kini lebih mudah dengan adanya program e-rezeki yang dijanakan oleh MDEC. Kini, Pusat Internet Pi1M Kamunting mengorak selangkah lagi dengan berkerjasama bersama MDEC dengan menyediakan latihan dan taklimat bagi mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Disini peserta akan dibimbing dari segi pendaftaran, pemilihan pekerjaan dan sebagainya. Mereka yang berminat boleh hadir ke pusat internet Kg. Kamunting untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan e-rezeki ini. E-Rezeki ini tidak tertumpu kepada penggunaan komputer semata-mata ,bagi mereka yang tidak mahir ,ada pelbagai pilihan skop pekerjaan yang boleh dipilih . Pusat internet dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan sebarang notis akan diberitahu di dalam fb pusat internet ( Pusat Internet Kamunting).
Satu kursus membaiki handphone telah diadakan di PEDi Kg. Kamunting yang dianjurkan oleh Telekomunikasi Impian Shuhaida dengan kerjasama PEDi Kamunting. Kursus sehari yang bermula pada pukul 8 menghimpunkan peserta-peserta seramai 10 peserta yang terdiri daripada anak-anak muda.Semua peralatan membaiki telah disediakan oleh pihak penganjur .Diharap kursus seperti ini dapat diteruskan lagi memandingkan mendapat sambutan yang menggalakkan dan mungkin akan melahirkan usahawan baru di kalangan anak muda .
Telekomunikasi Impian Shuhaida
(Pian)/whatapp/call- 0165580739
Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia telah berlansung Program "Memperkasakan Usahawan" di bawah anjuran Telekom Malaysia dengan kerjasama daripada Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting. Program yang bermula dari pukul 8.30 pagi itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Badrul Hisham Bin Bahari selaku Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak dan dirasmikan oleh Ketua SKMM Negeri Perak,Puan Hanita Izam Binti Abdul Rahman.
Program yang menumpukan kepada para usahawan dimana Telekom memberi taklimat Bisnes Online serta memperkenalkan produk " Surepay, Surepay Pos" dimana produk yang diwujukan bagi para usahawan memudahkan lagi perniagaan mereka . Telekom juga menjemput usahawan online , En. Bardfitri bagi memberi sedikit panduan serta tips bekenaan dengan bisnes online. Boothproduk serta pusat bayaran bil juga dibuka pada hari tersebut bagi para pengunjung mendapatkan lebih banyak info berkenaan dengan produk-produk Telekom.
Dianjurkan oleh Persatuan Kaum India Wanita, satu program keusahawan Tekun telah diadakan pada hari hari Ahad (14 2/2016) bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting. Program tersebut dihadiri kira-kira 22orang kaum India yang terdiri dari wanita dan lelaki dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Program yang diadakan pada sebelah petang itu dimulakan dengan promosi dan kesedaran mengenai Pusat Internet 1Malaysia yang dikelolakan oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia iaitu Mohamad Erwady. tujuan utama yang dilakukan pada program ini adalah bagi mengalakkan golongan usahawan india mengembangkan perniagaan dalam usahasama tekun,pendedahan dan taklimat daripada sekretariat khas usahawan india (SEED) dari Jabatan perdana menteri iaitu En THiru
Murugam merangsangkan usahawan usahawan ini ,bagi membolehkanmereka membuat pinjamn Tekun secara lebih efisyen dan sistematik,taklimat yang padat diakhiri dengan jamuan dan majlis bergambar bersama peserta peserta program.