Menjana pendapatan kini lebih mudah dengan adanya program e-rezeki yang dijanakan oleh MDEC. Kini, Pusat Internet Pi1M Kamunting mengorak selangkah lagi dengan berkerjasama bersama MDEC dengan menyediakan latihan dan taklimat bagi mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Disini peserta akan dibimbing dari segi pendaftaran, pemilihan pekerjaan dan sebagainya. Mereka yang berminat boleh hadir ke pusat internet Kg. Kamunting untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan e-rezeki ini. E-Rezeki ini tidak tertumpu kepada penggunaan komputer semata-mata ,bagi mereka yang tidak mahir ,ada pelbagai pilihan skop pekerjaan yang boleh dipilih . Pusat internet dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan sebarang notis akan diberitahu di dalam fb pusat internet ( Pusat Internet Kamunting).