Pada 1hb December yang lalu,iatu pada hari selasa, telah diadakan kelas Usahawan untuk belia yang ingin menceburi dalam perniagaan prabayar 'ONEXOX'. Peserta yang hadir didedahkan dengan peluang-peluang dalam mencari duit tambah.Walaupun masih muda, kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu perniagaan harusla dipuji dan diberi peluang. Kelas pada hari tersebut telah dibimbing oleh En. Mahadi yang bertindak sebagai penceramah.Kelas yang bermula pada pukul10.30 itu berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Pada 3 November bertempat di Pi1m Kamunting, telah diadakan Kelas Pembangunan Blog  yang bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengah hari.Kelas ini disertai oleh usahawan dari pelbagai latarbelakang. Peserta yang hadir turut dibimbing oleh En. Hakimi selaku Pengerusi PI1M Kamunting selain petugas PI1M sendiri.Untuk kelas permulaan, peserta dibimbing untuk mewjudkan blog sendiri dahulu. Di akhir kelas , En. Hakimi berkongsi  maklumat serba sedikit mengenai teknik dalam bisnes kepada peserta yang hadir.

 

Salon Jelita/D’mempelai

 Salon jelita dan d’mempelai Mempunyai galeri/anyaman /mengandam dan solekan pakej perkahwinan,diantara butik usahawan tempatan yang terdapat di kamunting ini adalah perhidmatan yang berkongsepkan perkahwin adalah usahawan bumiputera yang bertapak dan bermula dengan pemodalan sendiri,menghasilkan perhidmatan perkahwinan,kegiatan usahawan ini mampu memenuhi kehendak dan saingan dalam peniagaan,

Salon Jelita No 8 Kedai rakyat (belakang stesen bas kamunting)34600 kamunting taiping

D’mempelai no 17 laluan kamunting  1 34600 kamunting ,taiping 

 Waktu Operasi

Setiap hari – 9.00 pagi hingga 9 malam

 

 

D'Mara Kamunting 

D’Mara merupakan salah satu pusat IKS yang terdapat dikawasan kamunting.Ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

D’Mara diwujudkan adalah untuk  memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

Terdapat pelbagai jenis usahawan yang membuka premis disini seperti butik pengantin dan barang anyaman. D’mara juga merupakan salah satu pusat bagi usahawan kecil bumiputra di daerah ini untuk memperkenalkan  hasil kerja mereka. Antara usahawan yang terdapat di D’Mara kamunting adalah Butik pengantin,Seni anyaman bakul dan rotan,Kuih tradisional,Urutan tradisional,Kedai makan bumiputera dan Stokis barang-barang perubatan

 

 

Usahawan kecil bumiputera Dobi kg kamunting

 

Mengusahakan peniaga membasuh /cuci dalam  perhidmatan dobi ,terletak berhampiran dengan perumahan kg baru kamunting adalah usahawan yang aktif dalam kegiatan peniagaan,berbekalkan modal sendiri,pengusaha ini mampu memenuhi permintaan setempat.

 

 

 

\

\\

Bertempat di Pi1m Kamunting, pada 11 Oktober yang lalu, telah diadakan Demo Masakan Kuih Tepung Talam yang bermula pada 2 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini telah dianjurkan oleh Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar .