Pada 3 November bertempat di Pi1m Kamunting, telah diadakan Kelas Pembangunan Blog  yang bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengah hari.Kelas ini disertai oleh usahawan dari pelbagai latarbelakang. Peserta yang hadir turut dibimbing oleh En. Hakimi selaku Pengerusi PI1M Kamunting selain petugas PI1M sendiri.Untuk kelas permulaan, peserta dibimbing untuk mewjudkan blog sendiri dahulu. Di akhir kelas , En. Hakimi berkongsi  maklumat serba sedikit mengenai teknik dalam bisnes kepada peserta yang hadir.