Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia telah berlansung Program "Memperkasakan Usahawan" di bawah anjuran Telekom Malaysia dengan kerjasama daripada Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting. Program yang bermula dari pukul 8.30 pagi itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Badrul Hisham Bin Bahari selaku Pengurus Besar Telekom Malaysia Negeri Perak dan dirasmikan oleh Ketua SKMM Negeri Perak,Puan Hanita Izam Binti Abdul Rahman.
Program yang menumpukan kepada para usahawan dimana Telekom memberi taklimat Bisnes Online serta memperkenalkan produk " Surepay, Surepay Pos" dimana produk yang diwujukan bagi para usahawan memudahkan lagi perniagaan mereka . Telekom juga menjemput usahawan online , En. Bardfitri bagi memberi sedikit panduan serta tips bekenaan dengan bisnes online. Boothproduk serta pusat bayaran bil juga dibuka pada hari tersebut bagi para pengunjung mendapatkan lebih banyak info berkenaan dengan produk-produk Telekom.