Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. 2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. 3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. 4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. 5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. 6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Pusat internet 1 Malaysia telah menambah satu lagi kemudahan kepada iaitu  pemeriksaan gula dalam darah di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting yang akan dilancarkan kelak . Program " Komuniti Sihat Pembina Negara " ataupun dinamakan Kospen. Komuniti  yang ingin menikmati kemudahan ini perlulah mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet 1 Malaysia. Selain dari pemeriksaan gula dalam darah, Pusat internet juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan tekananan darah dan pemeriksaan berat badan yang boleh dipantau melalui e-mel pengguna dan dashboard komuniti.

 

 

 

 

Pada 29 Mei yang lalu, berlansungnya mesyuarat berkaitan pembasmian aedes di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting.Antara intipati  Mesyuarat bertujuan mengenalpasti kawasan yang telah ditanda sebagai kawasan pembiakkan nyamuk aedes. Mesyuarat yang diadakan pada sebelah pagi itu dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kerajaan  seperti Jabatan Kesihatan, Wakil dari Sekolah berdekatan, Majlis Perbandaran,Polis dan lain-lain. Majlis yang dipengerusikan oleh En. Ikram bin Ahmad selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah  juga membincangkan jalan penyelesaian terhadap kes yang denggi yang semakin meningkat di kawasan kamunting serta masalah yang timbul semasa pemantauan oleh Jabatan Kesihatan.

 

 

 

Pada 30 September yang lalu, telah diadakan gotong royong bagi membasmi wabak denggi yang semakin berleluasa di kawasan Kamunting. Peserta diminta berkumpul di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting dan diberikan pendedahan tentang permasalahan denggi yang berpunca dari nyamuk aedes  . Selain itu juga ,Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting mengambil kesempatan dengan mempromosikan Pusat Internet serta menambah ahli baru. Gotong royong yang bermua pukul 8 itu menghimpunkan JKK dari Kg. Baru, skuad-skuad dari Jabatan Kesihatan dan peserta dari Sekolah Rendah Kamunting . Turut bersama-sama dalam sesi gotong royong ini adalah Ketua Penolong Pegawai Daerah, En. Mohd Ikram bin Ahmad.

 

Pusat Internet 1 Malaysia menambah satu lagi kemudahan untuk para pengunjung yang datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting Selain daripada kemudahan internet berkelajuan tinggi , pengunjung yang hadir dapat mengunakan alatan kesihatan seperti alat tekanan darah tinggi atau (blood pressure) dan penimbang berat . Bukan sahaja pengunjung boleh memeriksa tekanan darah tinggi tapi mereka boleh memantau perkembangan tekanan darah tinggi mereka dengan adanya Sistem Dashboad yang juga boleh dimuat turun di Google Play Store. Tiada bayaran dikenakan semasa pemeriksaan dan dibuka pada setiap hari kecuali cuti umum.