Pada 30 September yang lalu, telah diadakan gotong royong bagi membasmi wabak denggi yang semakin berleluasa di kawasan Kamunting. Peserta diminta berkumpul di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting dan diberikan pendedahan tentang permasalahan denggi yang berpunca dari nyamuk aedes . Selain itu juga ,Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting mengambil kesempatan dengan mempromosikan Pusat Internet serta menambah ahli baru. Gotong royong yang bermua pukul 8 itu menghimpunkan JKK dari Kg. Baru, skuad-skuad dari Jabatan Kesihatan dan peserta dari Sekolah Rendah Kamunting . Turut bersama-sama dalam sesi gotong royong ini adalah Ketua Penolong Pegawai Daerah, En. Mohd Ikram bin Ahmad.