Pada 29 Mei yang lalu, berlansungnya mesyuarat berkaitan pembasmian aedes di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting.Antara intipati Mesyuarat bertujuan mengenalpasti kawasan yang telah ditanda sebagai kawasan pembiakkan nyamuk aedes. Mesyuarat yang diadakan pada sebelah pagi itu dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Kesihatan, Wakil dari Sekolah berdekatan, Majlis Perbandaran,Polis dan lain-lain. Majlis yang dipengerusikan oleh En. Ikram bin Ahmad selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah juga membincangkan jalan penyelesaian terhadap kes yang denggi yang semakin meningkat di kawasan kamunting serta masalah yang timbul semasa pemantauan oleh Jabatan Kesihatan.