Bertempat di  Pusat Internet Kamunting pada 22 Disember yang lalu, telah berlansung Program Jom Sihat bersama Pusat Internet yang bertujuan mempromosi dan mendekatkan komuniti dengan aktiviti-aktiviti kesihatan anjuran Pusat Internet Kamunting dengan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Taiping dan badan-badan NGO.

Buat julung kalinya pada program tersebut, PI Kamunting merasmikan satu lagi perkhidmatan  yang disediakan untuk komuniti iaitu pemeriksaan gula dalam darah selain perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah yang disediakan sebelum ini. Alhamdulillah , program kesihatan ini mendapat sambutan menggalakan dan selepas ini komuniti boleh membuat pemeriksaan di pusat Internet secara percuma di Pusat Internet Kamunting.

 

 

Bertempat di Pusat Internet Kamunting, akan berlansung "Program Jom Sihat " anjuran PI Kamunting dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, Farmasi dan badan NGO. Program akan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2 petang.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah :-

1. Senam aeorobik

2. Larian Sihat 1 km

3. Pemeriksaan Kesihatan (Kospen) - Tekanan darah / Gula dalam darah

4. Ceramah Denggi

5. Taklimat/Kenali Ubat

6. Pertandingan poster Kesihatan (menggunakan aplikasi Canva)

7.Kuiz Online Kesihatan

8. Sukan Indoor dan

9. Cabutan bertuah

 

10 Peserta terawal yang belum menjadi ahli Pusat Internet juga akan diberi keahlian secara percuma pada hari tersebut. Bagi menghargai kedatangan pengunjung, turut disediakan

 makan pagi serta  makan tengahari

 

Sebarang pertanyaan :

Pengurus (Mohamad Erwady Arif) -01116333106

P.Pengurus ( Suryana Ahmad) -011126063340