Pengenalan 

Klinik 1Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Perasmian 50 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia memberi makna besar tanggungjawab kerajaan kepada penduduk miskin. 

Sejumlah 48 daripada 50 klinik 1Malaysia telah beroperasi. Ia dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang dahulunya dikenali sebagai HA/MA. Kerajaan membenarkan PPP memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demambatuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican menyatakan penduduk bandar yang miskin berpuas hati dengan klinik ini .Akta Perubatan 1971 membenarkan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan jururawat menjalankan prosedur surgeri kecil dengan menggunakaan alat surgeri spesifik. Pesakit kini boleh menukar kateter tiub pundi kencing atau membalut luka akibat kecederaan di rumah, sekolah dan di tempat kerja.

Klinik dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi.Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Di Kamunting ,Klinik 1 Malaysia yang berdekatan adalah di  Kawasan Peindustrian Kamunting berdekatan dengan Pasaraya Econsave.

 

Waktu Operasi :

Ia dibuka tujuh hari seminggu dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti sekolah atau perayaan.

 

Bayaran:

Warganegara RM 1 sahaja.

Warganegara asing dikenakan bayaran sebanyak RM15

 

Sumber: Wikipedia