Bertempat di  Pusat Internet Kamunting pada 22 Disember yang lalu, telah berlansung Program Jom Sihat bersama Pusat Internet yang bertujuan mempromosi dan mendekatkan komuniti dengan aktiviti-aktiviti kesihatan anjuran Pusat Internet Kamunting dengan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Taiping dan badan-badan NGO.

Buat julung kalinya pada program tersebut, PI Kamunting merasmikan satu lagi perkhidmatan  yang disediakan untuk komuniti iaitu pemeriksaan gula dalam darah selain perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah yang disediakan sebelum ini. Alhamdulillah , program kesihatan ini mendapat sambutan menggalakan dan selepas ini komuniti boleh membuat pemeriksaan di pusat Internet secara percuma di Pusat Internet Kamunting.