Penduduk sekitar Kamunting dapat menikmati satu lagi kemudahan berdekatan mereka iaitu Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).Dilancarkan pada Sabtu , 11 Julai 2015, perkhidmatan ini yang bermula dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan berhenti di 15 stesen termasuk di Kamunting. Perkhidmatan ETS Ekspres akan berjalan dua kali sehari dengan harga tiket  RM 80 unruk dewasa sementara RM 40 untuk kanak-kanak bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis dan sebaliknya. Para penumpang boleh membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini. Sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-5862