Terletak berhampiran dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ,Perpustakaan Desa ini telah dibuka kepada umum pada 1 September 2006 yang dirasmikan oleh Datuk Malik .Lokasinya yang mudah dicari dan strategik kerana berhampiran dengan dua buah sekolah dan dikelilingi dengan kawasan perumahan bagi memastikan penggunaan berkesan perpustakaan ini.
Perpustakaan Desa Kg. Expo dibuka dari hari Selasa hingga Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini menyediakan pelbagai genre buku yang sesuai untuk semua peringkat umur dan tiada bayaran dikenakan jika ingin menjadi ahli