Pada 1 April yang lalu, telah berlansung perasmian Jambatan Baru yang menghubungkan Kg. Expo dan Kg. Sg. Relong yang dirasmikan oleh Adun Kamunting YB. Dato' Hj. Mohamad Zahir B. Dato' Hj. Abdul Khalid. Jambatan yang dibina di bawah peruntukkan kerajaan Perak ini akan dapat memudahkan lagi urusan penduduk kampung yang mana laluan tersebut menjadi laluan penting penduduk setempat sejak sekian lama.