Di stesyen bas kamunting selain daripada perkhidmatan bas ekspress dan bas biasa, pengguna juga boleh mendapatkan perkhimatan teksi yang diletakkan di situ juga. Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan teksi ini yang diletakkan di

bahagian belakang stesyen bas kamunting. Bagi memudahkan pengguna, pemandu teksi juga menyediakan nombor mereka bagi memudahkan pengguna berurusan dengan pemandu. 

 

 

 

 

Terletak berhadapan dengan SMK Kebangsaan Kamunting, Kompleks Perpaduan Kamunting sering digunakan bagi majlis-majlis, program-program kemasyarakatan  seperti mesyuarat kampung, sukan tadika perpaduan, JKKK dan sebagainya.

 

 

 

 

Penduduk sekitar Kamunting dapat menikmati satu lagi kemudahan berdekatan mereka iaitu Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).Dilancarkan pada Sabtu , 11 Julai 2015, perkhidmatan ini yang bermula dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan berhenti di 15 stesen termasuk di Kamunting. Perkhidmatan ETS Ekspres akan berjalan dua kali sehari dengan harga tiket  RM 80 unruk dewasa sementara RM 40 untuk kanak-kanak bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis dan sebaliknya. Para penumpang boleh membuat pembelian dan tempahan tiket bermula hari ini. Sebarang maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan di talian 1-300-88-5862

 

 

 

 

Pemandangan dewan besar kamunting

 

Dewan besar kamunting

Kegunaan/Fungsi

  • Mesyuarat JKKK
  • Mesyuarat RELA
  • Jamuan Makan
  • Badminton

Kemudahan Asas

  • Tandas
  • Gelanggang Badminton

 

 

Kemudahan awam di kamunting adalah kemudahan masyarakat dan komuniti setempat, merangkumi kemudahan pendidikan dan kemudahan rekreasi. Kemudahan di sini meliputi kemudahan balairaya, dewan orang ramai, dewan serbaguna, masjid ,Klink desa Dan Klinik kesihatan. Bagi kemudahan Pendidikan, Ia terdiri daripada Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Perpustakaan Dan Pusat ICT. Manakala Kemudahan Rekreasi terdiri Daripada taman Permainan, Gelanggang Permainan Dan Padang Bola

Penyediaan Kemudahan awam di kamunting merangkumi keseluruhan kemudahan yang diingini masyarkat setempat, dalam  memudahkan aktiviti  masyarakat ,jarak dan kepengunaan setempat oleh komuniti kamunting  amat kompetitif ,memandangkan komplek belia dan taman rekrasi begitu mengikut garis panduan jarak  antara kampung  dengan Perletakan kemudahan masyarakat di  kamunting .

 

MASJID JAMEK KAMUNTING

Pengenalan

Masjid Jamek Kamunting adalah salah sebuah masjid yang tertua di kawasan Parlimen Taiping. Masjid ini, ikut cerita orang lama diasaskan oleh pekerja islam syarikat perlombongan Kamunting Tin Dredging Mining Ltd.

Fungsi

  • Tempat solat berjemaah
  • Solat jumaat
  • Mengadakan majlis- majlis ilmu
  • Bacaan Yasin
  • Mempunyai deretan kedai untuk peniaga islam
  • Mempunyai kemudahan van jenazah senarai Nama pengerusi  Masjid Jamek Kamunting

 

 

Kompleks rakan muda laraut matang dan selama

Kompleks ini adalah kemudahan komuniti kamunting dalam menjana programdan aktiviti aktiviti setempat atau anjuran acar yang besar,terdapat kemudahan seperti  kawasan beriadah,gymnasium,skate park,dewan badminton,gelanggang takraw,gelangang bola keranjang,gelangang bola baling dan bermacam kemudahan lain lagi,kompleks ini mempunyai kelengkapan bagi mereka yang  gemarkan aktiviti beriadah.dan sekaligus dapat menampung kursus kursus yang dianjuran oleh jabatan belia dan sukan,

 

 

 

 

Kemudahan rekrasi/skate park/climbing aktiviti

 

Gelanggang futsal

Kamunting mempunyai kemudahan asas seperti gelanggang futsal. Untuk kemudahan komuniti dan penduduk setempat, menjana aktiviti riadah setempat penduduk meluangkan masa mereka dengan aktiviti sukan dengan bermain futsal, gelanggang ini jugak berupaya dijadikan gelangan sepak takraw,kerana fungsi gelangan 2 dalam 1 ini dapat memenuhi aktiviti  sukan yang pelbagai, Gelanggang futsal ini digunakan sekrap mungkin dalam aktiviti riadah belia dan juga dewasa,terletak berhampiran pusat khidmat,dan jugak PI1M .