Tarikh | : 7 Jun 2018 |
Masa | : 10.00 AM - 1.00 PM |
Lokasi | : PEDi Muzium Telegraf Taiping |
Peserta | : 19 orang |
Tujuan
Bertempat di Mini Pusat Internet Muzium Telegraf Taiping dengan kerjasama PEDi Kamunting, PEDi Pokok Assam serta PEDi Simpang Perdana telah berlansung aktiviti keagamaan bagi menyokong program World Quran Hour. Program yang berlansung pada 7 Jun yang lalu juga bertujuan merapatkan ukhwah dikalangan komuniti setempat
Aktiviti
Aktiviti -aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bersama petugas dan penduduk setempat
Tarikh | : 5 Jun 2018 |
Masa | : 10.00 AM - 1.00 PM |
Lokasi | : Pusat Internet Kamunting |
Peserta | : 5 pelajar |
Tujuan
Memahirkan pelajar-pelajar menguna pakai aplikasi Canva
Aktiviti
Untuk kelas pada kali ini, pelajar melatih diri menggunakaan templates yang baru seperti templat dokumen dan sosial media templat seperti
Tarikh | : 15 Mei 2018 |
Masa | : 7.30 AM - 9.30 AM |
Lokasi | : SMK Taman Panglima |
Peserta | : 68 pelajar |
Tujuan
Memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai penipuan internet yang bersangkut paut dengan pelajar-pelajar sekolah.Taklimat disampaikan oleh 3 Pusat Internet iaitu PI Kamunting, Pi1m Pokok Assam dan PITelegraf, Program yang bermula pada jam 7.30 itu menghimpunkan pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5
Aktiviti
Pelajar diberi taklimat serta contoh berkaitan isu penipuan di internet serta penayangan video agar mudah difahami, Selain itu sesi soal jawab antara pelajar dan penceramah juga berlansung bagi menarik minat pelajar-pelajar. Pelajar juga diberi kuiz bagi melihat sejauh mana kefahaman mereka berkaitan Program Klik Dengan Bijak ini.
Tarikh | : 27 Mei 2018 |
Masa | : 8.00 AM - 11.00 AM |
Lokasi | : Pusat Internet Malaysia |
Peserta | : 8 pelajar |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan peribahasa-peribahasa yang diguna pakai dan penggunaan tatabahasa yang betul serta memberi kesedaran mengenai kepentingan peribahasa.
Aktiviti
Pelajar dikehendaki mencari contoh-contoh peribahasa yang selalu dan yang jarang digunakan bersama erti bagi setiap peribahasa yang dicari.
Tarikh | : 14 Mei 2018 |
Masa | : 3.00 PM - 05.00 PM |
Lokasi | : PI Kg. Kamunting |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Mempraktikkan pembelajaran di dalam Kelas Word sebelum ini dalam bentuk penyediaan surat rasmi serta menilai pengetahuan dan pemahaman pelajaran dalam penyedian surat rasmi dan Microsoft Word.
Aktiviti
Peserta perlu menyediakan satu contoh surat rasmi yang lengkap dan mengikut format yang betul bedasarkan contoh-contoh yang diberi