Tarikh : 29 Oktober 2018
Masa : 10.00 AM - 1.00 PM                                           
Lokasi

: PEDi Kamunting                      

Jumlah   : 29 orang

 

Tujuan

Memberi taklimat dan panduan serta dorongan kepada peserta-perserta untuk mengambil peluang memperolehi pendapatan sampingan melalui platform e-rezeki yang menawarkan pelbagai skop kerja yang boleh dipilih mengikut kebolehan dan minat masing-masing

 

Aktiviti

Peserta diberi taklimat oleh petugas Pusat Internet mengenai apa itu e-rezeki, tujuan dan cara perlaksanaan.Peserta dibimbing cara untuk mendaftar diri di bawah program ini dengan bantuan petugas Pusat internet. Selain itu juga mereka mengambil bahagian dalam salah satu kerja online yang dikendalikan di bawah e-rezeki. Pembentangan video dan slide serta soal jawab juga turut disertakan bagi menambah kefahaman para peserta.

 

gambar di sini

 

Tarikh : 20 Oktober 2018
Masa : 2.30 PM - 5.30 PM                                           
Lokasi

: Pusat Internet Malaysia Kamunting                      

Jumlah   : 7 orang

 

Tujuan

Ulangkaji pelajaran bersama-sama pelajar-pelajar sekolah rendah. Tajuk yang disentuh dalam kuiz online kali ini adalah Matapelajaran Matematik, B. Melayu dan Sains. Selain dari itu  Permainan Membentuk perkataan turut dimainkan oleh pelajar-pelajar bagi meransang minda mereka.

 

Aktiviti

Bagi Matapelajaran Matematik, b. Melayu dan Sains, pelajar menjawab soalan di Quizizz.com. Bagi permainan  membentuk perkataan , caranya: pelajar diberi 5 huruf dan mereka  harus befikiran dengan pantas kerana perlu bersaing dengan pelajar-pelajar lain dalam membentuk perkatan.

Gambar di sini

Tarikh : 10 Oktober 2018
Masa : 10.00 AM - 1.00 PM                                           
Lokasi

: Pusat Internet Malaysia Kamunting                              

Jumlah   : 4 orang

 

Tujuan

Salah satu aktiviti Pusat Internet bagi menarik minat pelajar-pelajar untuk meminati bidang keusahawanan.

Aktiviti

Pendedahan dalam mereka poster perniagaan sendiri menggunakan canva. Poster bedasarkan perniagaan yang dilakukan .

 

Gambar di sini

Tarikh : 16 Oktober 2018
Masa : 3.00 PM - 5.00 PM                                           
Lokasi

: Pusat Internet Malaysia Kamunting                      

Jumlah   : 2 orang

 

Tujuan

Ulangkaji pelajaran B. Melayu (Surat rasmi)

Aktiviti

Pelajar membuat ulangkaji Bahasa Melayu berkenaan Surat Rasmi dan perlu menyiapkan satu surat rasmi  dengan dibantu petugas Pusat Internet Kamunting.

 

Gambar di sini

Tarikh : 30 September 2018
Masa : 04.00 PM - 06.00 PM                                           
Lokasi

: Pusat Internet Malaysia Kamunting                              

Jumlah   : 7 orang

 

 

Tujuan

Memahirkan pelajar-pelajar menggunakan papan kekunci , microsoft word  dari segi penggunaan format seperti 'font dan paragraph ',disamping membantu mereka dalam penggunaan ayat dan tatabahasa dalam karangan Bahasa Melayu.

 

Aktiviti

Pelajar menaip karangan bedasarkan contoh karangan yang diberi, Pelajar harus menggunakan format yang betul dalam masa yang ditetapkan. 

 

Gambar disini