Majlis Korban anjuran PRIHAKIM atau Persatuan Pembangunan Prihatin Komuniti India Perak ini telah diadakan pada 12 /8/2019 bertempat di perkarangan PEDi . 1 ekor lembu 2 ekor kambing ditembungkan pada Majlis yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu. Penduduk sekitar bersama-sama Komuniti India turut bersama-sama membantu dalam proses menyembelih, melapah serta mengagihkan pada yang memerlukan.
Satu kelas mengarang bunga malai telah diadakan di Pusat Internet Kamunting pada hari sabtu yang lepas. Kelas yang bermula pada jam 9.00 pagi itu bertujuan memberi tunjuk ajar kepada peserta -peserta baru yang ingin berjinak-jinak dengan pengarangan bunga malai yang boleh dijadikan sebagai hobi , kegunaan keagamaan dan sumber pendapatan.
Satu mesyuarat Ibu Tunggal Cawangan Kamunting telah diadakan di Pusat Internet Malaysia pada 17April yang lalu. Mesyuarat kali ini adalah adalah untuk membincangkan program-program pada masa akan datang serta membingcangkan isu-isu berbangkit. Mesyuarat telah dihadiri seramai 10 orang peserta Ibu Tunggal. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Ibu Tunggal iatu Pn. Salmah binti Ahmad dan seterusnya majlis diteruskan dengan atucara yang telah diatur. Mesyuarat selesai pada pukul 4.30 petang dan diakhiiri dengan penyampaian cenderahati dari Pusat Internet Malaysia
Pada 2 Oktober yang telah berlansung mesyuarat bagi Persatuan Ibu Tunggal di Pusat Internet Kamunting. Mesyuarat Persatuan Ibu Tunggal yang bermula pada jam 3 petang ini dihadiri seramai 13 orang AJK dan dipengerusikan oleh Puan Salamah. Pada mesyuarat kali ini, mesyuarat banyak menumpukan kepada mencari jalan penyelesaian kepada masalah berbangkit serta aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan pada masa akan datang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang dengan sedikit jamuan ringan.
Sempena sukan 1 Malaysia yang diadakan di seluruh negara, Persatuan Ibu Tunggal Kamunting juga tidak terkecuali menganjurkan sukan rakyat yang diadakan pada hari Ahad ,9 Oktober 2016 bertempat di Pusat Internet Malaysia Kamunting. Program yang bermula pada pukul 8 pagi dimulakan dengan sedikit ucapan serta penerangan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal iaitu Pn. Salamah. pelbagai aktiviti dan acara yang menarik seperti pertandingan memasak, gubahan bunga, serta sukan rakyat diadakan. Penyampaian hadiah diselang seli dengan cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi program tersebut.