Bagi menambah pendapatan atau membolehkan wanita menjana duit sampingan terutama pada suri rumah, KPW dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan Pusat Internet  Malaysia Kamunting mengadakan demo masakan. Tunjuk adalah dari Jabatan Pertanian menengahkan dua menu yang mudah iaitu Jeli Kelapa dan Coconut Shake memandangkan bahan-bahan tersebut yang mudah diperolehi dan sesuai dalam keadaan musim sekarang.Peserta yang ada

Bertempat di Pusat Internet  Malaysia Kamunting, pada 12 Mei yang lalu, berlansungnya mesyuarat Agong Tahunan Ibu Tunggal Kebangsan Malaysia Perak Parlimen Taiping Kali ke 2 bagi tahun 2016. Mesyuarat yang dihadiri seramai 15 ahli jawatankuasa dimulai dengan ucapan Pengerusi Mesyuarat dan kemudian membincangkan aktiviti dan isu yang lepas serta aktiviti yang akan dilakukan pada masa akan datang. Ahli-ahli jawatankuasa juga turut serta dengan memberi komen, idea serta candangan mereka bagi memantapkan lagi persatuan ini. Mesyuarat yang bermula jam 3 petang berakhir pada pukul 5 petang .

Wanita UMNO Zon C membuka tirai 2016 dengan mengadakan program Hari Keluarga yang berlansung pada hari Sabtu bersamaan dengan 2 Januari 2016. Program yang diadakan di Kompleks Perpaduan Kamunting ini mendapat sambutan baik di kalangan penduduk

setempat serta ahli-ahli Wanita UMNO Zon C.Majlis juga diserikan dengan kehadiran Ketua Wanita UMNO Bahagian Taiping, Y. Bhg. Datin Hajah Yatimah Khalid . Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti pertandingan gubahan,masakan, sukaneka, cabutan bertuah . 

MINIT MESYUARAT AGONG TAHUNAN  IBU TUNGGAL KEBANGSAAN MALAYSIA PERAK PARLIMEN TAIPING BAGI TAHUN 2016.

 

                                           Tarikh:                8 JAN 2016

                                            Masa:                 3.30  PETANG

                                        Tempat:                PUSAT iNTERNET 1 MALAYSIA KAMUNTING            

                   Ahli Ahli yang hadir:                13 ORANG       

                       

1)  UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT

 Puan Hajah Salmah selaku penegerusi telah mempengerusikan Mesyuarat Agung dan memberi sedikit ucapan seperti berikut:

Memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada ahli –ahli yang hadir serta menerangkan tata cara mesyuarat dan berharap mesyuarat berjalan dengan lanacar dan teratur

2) MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN YANG LALU

Puan Hajah Habariah Md Idris selaku Setiausaha telah membentangkan minit mesyuarat agong tahun 2016

Keputusan: Minit mesyuarat agong tersebut telah diterima dan diluluskan

3) MENERIMA DAN MELULUSKAN LAPORAN TAHUNAN TAHUN 2016

Puan Hajah Habariah Md Idris selaku Setiausaha telah membentangkan laporan tahunan bagi tahun 2016

4) MENERIMA DAN MELULUSAKAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2016

Puan Hajah Halimatul Saadiah Zulkiflee selaku bendahari telah membentangkan penyat kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016

Keputusan: Penyata kewangan tersebut telah diterima dan diluluskan.

5)PEMILIHAN AHLI JAWATAN KUASA BARU:

Pemilihan ahli jawatan kuasa (mengikut fasa 8.1 perlembagaan) bagi tempoh 2 tahun telah dipilih seperti berikut:

 

 

 

 

           Pengerusi       :             Pn. Syarifah Baby Binti Abdol Ghaffar Shah                                    

            Penolong       :             Pn. Hajjah Che Yon Bt. Abdullah

            S/U                  :             Pn. Rossiah Bt. Ismail

            Bendahari     :             Pn. Hajjah Saadiah Bt. Md. Nur

AJK              :

                         1.        Pn. Khatijah Bt. Zakaria

                         2.        Pn. Habibah Bt. Ramli

                         3.        Pn. Zaiton Bt. Mat Shih

                         4.        Pn. Rohana Bt. Abdullah

                         5.        Pn. Hajjah Norkiah Bt. Ibrahim                               

                         6.        Pn. Hajjah Rozimah Bt. Mohd. Daud

 

Biro Wanita Masjid Jamek Kamunting boleh dikatakan sangat aktif dalam menganjurkan pelbagai program. Dalam tahun 2015, antara aktiviti yang telah diadakan adalah :

               1) Program mengacau Bubur Asyura  

                2) Lawatan ke beberapa Negeri dan Masjid di luar Perak

                3)Menyertai rakaman "Tanyala Ustaz TV9"

                4) Menjadi Tuan Rumah Untuk Kuursus Haji

 

ANTARA FUNGSI KEWUJUDAN BIRO WANITA MASJID JAMEK KAMUNTING

 

  • Mewujudkan satu sistem keselamatan bagi menjamin kesejahteraan Jemaah semasa dan sepanjang mereka berada di kawasan masjid serta menjadikan ini sbagai tempat ibadah dan selesa.
  • Merancang dan mengelolakan aktiviti kekeluargaan bagi merapatkan lagi hubungan sillaturrahim diantara keluarga dan ahli Jemaah serta jiran.
  • Merancang aktiviti ceramah keagamaan, social , kesihatan dan lain-lain yang berhubung dengan kekeluargaan.
  • Merancang dan menggerakkan aktiviti yang menjurus kepada pembentukkan nilai-nilai murni di kalangan muslimah.
  • Mengadakan muzakarah dan percambahan minda di kalangan wanita setempat dan merancang serta melaksanakan kerja-kerja amal dan aktiviti untuk faedah muslimat.
  • Mengurus dan mengelola lain-lain aktiviti yang berhubung kait dengan fungsi dan peranan wanita dalam masyarakat.