Pada 19 dan 20hb September yang lalu telah berlansung kursus Online Marketing di Pusat Internet Kamunting. Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Kemas itu dihadiri oleh Petugas-petugas Kemas dari Parlimen Taiping. Kursus ini memberi tumpuan kepada pemasaran secara berkesan dan platform yang perlu dipraktikkan seperti Facebook, Instagram.

 

Bertempat di PEDi Kamunting, telah berlansung  mesyuarat Ibu Tunggal bagi tahun 2019 yang dipengerusikan oleh Pn. Salmah dan disertai seramai 15 AJK. Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi menumpukan kepada aktiviti -aktiviti yang telah dilakukan  sepanjang tahun 2019 dan aktiviti yang bakal dianjurkan pada tahun 2020. Selain itu permasalah dalam persatuan turut diketengahkan bagi memastikan misi dan visi persatuan tercapai.

 

 

 

 

 

 

 

Persatuan Ibu Tunggal Kamunting megadakan mesyuarat pertama mereka bagi tahun 2020 bertempat di Pusat Internet Kamunting. Diadakan pada 2 March yang lalu, agenda kali ini menumpukan kepada aktiviti -aktiviti dan program yang berlansung pada tahun lepas serta isu -isu berbangkit. Agenda mesyuarat kali ini juga menumpukan kepada  aktiviti dan program yang perlu dirangka dan  ditetliti semula sejajar dengan penyebaran wabak Covid 19.

 

 

Lain-lain gambar........

Pada 17 Ogos yang lalu telah diadakan pertandingan lipatan tuala dan pertandingan memasak kari dan agar-agar di Pusat Internet Kamunting. Pertandingan yang bermula pada 10 pagi itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 30 peserta mengambil bahagian dengan mempamerkan gubahan serta hiasan persembahan yang menarik. 2 juri dipertangungjawab untuk mengadili peserta .Untuk pertandingan lipatan, markah bedasarkan Kreatif, kekemasan dan hiasan, bagi pertandingan masakan kari dan agar-agar, markah ditentukan bedasarkan rasa/aroma, bahan dan hiasan/kebersiahan.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

 

Pertandingan lipatan tuala : 

Tempat pertama : Hamidah binti Dain

Tempat Kedua    : Norhayati Binti Hassam

Tempat Ketiga    : Maznah Binti Abd. Rahman

 

Pertandingan Memasak Kari : 

Tempat pertama : Maznah Binti Abd. Rahman

Tempat Kedua    : Priya Darshini d/o Sathiabalan

Tempat Ketiga    : Nor Fazidah binti Aziz

 

Pertandingan Memasak Agar-agar : 

Tempat pertama : Jamnah binti Abdul Malik

Tempat Kedua    : Nor Fazidah binti Aziz

Tempat Ketiga    : Nor Azian binti Ramli

 

 

Gambar di sini..............