Seramai 9 peserta menghadiri kelas  Intel yang diadakan pada 19 Nov yang lalu  dibawah Persatuan Ibu Tunggal dari sekitar Kamunting  dan Taiping. Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia kamunting, para peserta diajar  mengenai asas komputer dan pengenalan kepada Microsoft Family. Setiap peserta harus mengendalikan sendiri tugas yang diberi bagi menambah kefahaman mereka. 

Disebabkan kekurangan kemudahan ICT, Belia Pondok Tanjung mengambil inisiatif untuk menghantar belia-belia dari sana untuk belajar asas Microsoft Word dan Excel dan dengan kerjasama dari Pusat Internet Malaysia Kamunting, kelas tersebut telah berlansung  pada 28 Mei yang lalu. Seramai 6 peserta dari pelajar-pelajar peringkat menengah menghadiri program tersebut. Kelas yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir 12.30 tengah hari itu banyak menumpukan kepada pengenalan asas Word dan Excel memandangkan majoriti dari mereka kurang  celik mengenai kedua-dua perisian ini. Walaupun agak sukar pada permulaan, dengan semangat yang ada, mereka berjaya juga menghabiskan tugasan yang diberi.Bimbingan dan nota diberikan supaya mereka lebih mudah untuk memahami. 

 

           

             

         Pada 20&21 feb 2016 pada sabtu dan ahad... Anjuran jaipk taiping dengan kerjasama pusat khidmat masyarakat adun kamunting menganjurkan kursus perkahwinan yang dihadiri oleh 81 orang peserta yang rata ratanya adalah golongan belia ,penganjuran ini bermatlamat untuk membantu golongan belia dalam memperolehi sijil kursus pra perkahwinan .

Dilangsungkan di pusat kegiatan perpaduan kg expo,kamunting

Bagi meningkatkan kreativiti dan kemahiran peserta dalam  bidang ICT terutama pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah dan Menengah, kelas asas Powerpoint diadakan yang merupakan salah satu eleman penting dalam pembelajaran mereka. Kelas yang diadakan di Pusat Internet  Malaysia Kamunting pada 10 April lalu, menghimpunkan peserta dari umur 8 hingga 13 tahun. Penerangan asas powerpoint diberi pada permulaan kelas serta diterangkan juga serba sedikit fungsi graf dan cara penggunaan icon dalam powerpoint. Seterusnya peserta diberi tugas bagi menilai sejauh mana kefahaman mereka. Kelas yang bermula pada jam 2.30 petang itu berakhir pada 4.30 petang.

Kerajaan negeri akan terus menggalakkan keusahawanan di kalangan para belia bagi mengurangkan penghijrahan golongan itu ke bandar sekaligus melahirkan belia yang berdaya saing.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk merealisasikan impian itu, termasuk meminta semua agensi merapatkan jurang dengan menggunakan platform komunikasi, sinonim dengan para belia.

Menurut beliau, lebih banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan oleh kerajaan negeri melalui agensi persekutuan dan negeri berkaitan, beberapa kawasan perindustrian baru di Perak seperti di Kamunting, Taiping dan Bagan Datoh membolehkan mereka mendapat kerja.

"Belia-belia tidak perlu lagi berhijrah ke bandar, selain itu pendekatan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA), Yayasan Bina Upaya (YBU) dan pelbagai agensi dari kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat dalam mengenalpasti serta menyediakan peluang di setiap daerah," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan lisan Abdullah Fauzi Ahmad Razali (BN-Kampong Gajah) di Sidang DUN di Ipoh pada Rabu.

Dalam pada itu, Shahrul menambah, perubahan dasar umur belia daripada 15-40 tahun kepada 15- 30 pada 2018 kelak, sedikit sebanyak memberi ruang buat golongan itu untuk menyerlahkan sifat kepimpinan masing-masing.

Katanya, Dasar Belia Malaysia akan mentakrifkan belia dari 15 hingga 30 tahun, perubahan ini dibuat untuk beri peluang mereka ambil alih persatuan belia dan lahirkan lebih ramai pemimpin di usia awal 30 tahun.

"Selain itu kita mahu mereka menjalinkan hubungan baik di antara belia tidak kira di peringkat mana sekalipun," katanya.

 

Sumber :peraknews.com