Disebabkan kekurangan kemudahan ICT, Belia Pondok Tanjung mengambil inisiatif untuk menghantar belia-belia dari sana untuk belajar asas Microsoft Word dan Excel dan dengan kerjasama dari Pusat Internet Malaysia Kamunting, kelas tersebut telah berlansung pada 28 Mei yang lalu. Seramai 6 peserta dari pelajar-pelajar peringkat menengah menghadiri program tersebut. Kelas yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir 12.30 tengah hari itu banyak menumpukan kepada pengenalan asas Word dan Excel memandangkan majoriti dari mereka kurang celik mengenai kedua-dua perisian ini. Walaupun agak sukar pada permulaan, dengan semangat yang ada, mereka berjaya juga menghabiskan tugasan yang diberi.Bimbingan dan nota diberikan supaya mereka lebih mudah untuk memahami.